Friday, December 31, 2010

Customer Order RM2 juta...

Salam...

Melayari laman pokli, terbaca berita yang salah seorang pengedar di bawah rangkaian Pokli.com telah berjaya menjual emas Public Gold berjumlah RM2 juta dalam 1 order. Bertuah badan Dr. Luv kita ni.

Saya lambat lagi la kot ada customer nak order juta-juta ni.

Tapi at least minggu pertama jadi dealer ni dah ada member order 1 dinar 2 keping (RM661.00 sekeping, harga 29/12/2010).

Sesiapa yang tak mengenali Dr. Luv, ni gambar dia. Macam familiar kan?

Dr. Luv

Peminat setia Akademi Fantasia sure kenal Dr. Luv ni.hehehehehe

pokli with Dr.Luv

*semua gambar dari pokli.com

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Monday, December 27, 2010

Pertama Kali Memegang Emas…

Salam,
Saya mula mengenali pelaburan emas seawal Jun 2010. Tetapi pada masa itu saya kurang yakin dengan pelaburan ini kerana daripada pembacaan saya kebanyakan syarikat @ bank yang membuat pelaburan emas ini tidak memberikan emas fizikal setelah kita melabur @ membeli emas. Mereka hanya memberikan penyata yang menyatakan kita telah membeli emas sekian sekian banyak dari mereka….sehinggalah saya terjumpa blog pokli.com.
Melalui blog pokli, saya banyak mendapat maklumat tentang emas, faedah serta keuntungan menyimpan emas samada sebagai pelaburan atau simpanan. Saya juga mendapat tahu bahawa syarikat Public  Fine Gold International menawarkan harga antara yang paling kompetitif di pasaran selain mendapat emas fizikal instead of penyata semata-mata. Selain dari itu, saya pernah mengikuti kursus berkaitan emas yang dianjurkan oleh admin putremas.
Hampir sebulan lebih blog-hopping ke laman2 web berkaitan emas, sehinggalah 12/7/2010 saya memulakan langkah membeli 1 dinar emas berharga RM582 & 20 gram jongkong emas berharga RM2816 (itu pun setelah mendapat tahu kawan saya, admin magnet emas telah pun menceburkan diri dalam dunia emas)
Setelah berbincang dengan isteri, saya telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai dealer emas & perak dari Public Fine Gold. So kepada pembaca blog, jika anda ingin membeli emas @ perak dari saya, sila sms @ telefon 012-3206073.
Oh ya, dan hari ini (28/12/2010) emas yang saya beli telah meningkat dari RM582 kepada RM652 (1 dinar) & dari RM2816 kepada RM3157 (jongkong emas 20 gram).
Nak jual? Rasa sayang pulak.hehehehehehehehe


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Akhirnya aku pengedar Emas



Salam,

Untuk makluman, mulai ahad 26/12/2010 secara rasminya saya menjadi pengedar emas & perak Public Fine Gold International Sdn. Bhd

CARA MEMILIKI EMAS & PERAK PUBLIC FINE GOLD DARI SAYA

1) Pilih produk:

a.Jongkong Emas: 20gram , 50gram , 100gram & 250gram

b.Dinar Emas: 1 dinar , 5 dinar & 10 dinar

c.Jongkong Perak: 250gram, 500gram & 1kg

2) Semak harga "We Sell" (dikemaskini setiap 20 minit)
    -------www.publicgold.com.my ( Jongkong Emas & Perak )
    -------www.publicdinar.com ( Dinar )
    -------SMS ke 32828, taip "public gold" atau "public dinar"

3) Telefon @ sms 012-3206073 untuk lock harga.
     - contoh "Saya nak lock 1 dinar pada RM652 ( 26/12/2010 ) jam 10.00pagi"
     - saya akan jual 1 dinar RM652 kepada anda walaupun harga telah naik selepas jam 10.00
       (dengan syarat membuat pembayaran dalam masa 1 jam selepas lock harga)

4) Masukkan wang anda ke dalam akaun saya secara online/kaunter/mesin deposit tunai. Sila simpan resit sebagai bukti. Deposit 50% dikenakan untuk pembelian melebihi RM10,000.00. [Caj 5% untuk pembatalan pembelian]

5) Tetapkan tempat dan waktu untuk bertemu dan kami akan menghantar pesanan anda.
    (buat masa ini penghantaran adalah sekitar Jalan Duta, Hartamas, Putrajaya, Cyberjaya & Mines)

6) Untuk menjual semula, ikuti langkah di atas dan semak harga "We Buy".


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Thursday, December 23, 2010

ASB 7.5sen seunit..

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010...


sumber: Kosmo

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Saturday, December 11, 2010

Modal RM500, untung RM140,000

Salam.....

Mesti semua ingat ini entry pasal MLM.hahahahahahahahaha

Sebenarnya saya nak cerita, kawan saya baru saja menjual rumah yang di belinya pada tahun lepas. Area dekat Setia Alam. Kalau siapa-siapa tahu, kawasan tu dimajukan oleh SP Setia. Salah satu pemaju yang mempunyai good track record & pernah memenangi berbagai-bagai anugerah berkaitan pembinaan ni. Even di Putrajaya pun ada projek mereka, terutamanya di Presint 15. Rumah kawan saya ini 2 tingkat & freehold pulak tu. Bila dia mention last month dia nak jual rumah tu, saja-saja la saya tanya berapa dia beli rumah tu? Dalam RM250,000.00 jugak dia bagitau.

Click To Enlarge
map to Setia Alam from.....anywhere

Tapi saya tak lah interested sangat sebab saya tak familiar kawasan tu, lagipun isteri saya bekerja di Putrajaya & saya di K.L. Kami suami isteri sudah menetapkan antara ciri terpenting rumah kami, mestilah dekat dengan tempat kerja salah seorang dari kami. Lokasi yang terbaik Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi.

Cerita kawan saya membeli rumah ni lebih kurang sama dengan cerita saya membeli rumah saya sekarang ini. Pergi showhouse, dengar2 sikit penerangan terus bayar deposit. Yang bestnya, tidak seperti saya, kawan saya hanya mengeluarkan deposit (@ booking?) sebanyak rm500 sahaja dan selebihnya memohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan.

rumah kawan saya (anak panah, berhadapan sekolah)

Sungguh tak sangka, tak sampai 1 tahun harga rumah beliau telah naik sampai RM390,000. Jadi orang kaya baru lah kawan saya itu.

Tapi isi yang paling penting saya nak mention dalam post ini ialah..............minggu depan dia nak support saya lunch.....alhamdulillah.hehehehehehehe

ps: tambah 1 lagi azam tahun 2011. Hartanah

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Saturday, December 4, 2010

Iphone 4


*ini adalah gambar alas tilam & sarung bantal rumah saya

Salam...

Saya bukanlah pakar dalam handphone, apatah lagi berkaitan dengan perkara-perkara teknikalnya. Saya cuma ingin memberikan pendapat berkenaan 'harta' terbaru saya yang di hadiahkan oleh isteri tersayang.

Sebenarnya dah banyak blog bagi ulasan pasal iphone 4. Ada yang menghentam & ada juga yang memuji. Pada saya, semahal mana atau sebesar mana pun handphone tidak menjadi masalah kepada saya. Apa yang penting, software serta fungsi handphone tersebut dapat membantu dalam menjalankan urusan. Okey, kita lihat komen, spesifikasi & gamabr-gambar di bawah. Layannnnnnnnnnn...


Fizikal

Height: 4.5 inches (115.2 mm)

Width: 2.31 inches (58.6 mm)

Depth: 0.37 inch (9.3 mm)

Weight: 4.8 ounces (137 grams)



*www.apple.com/iphone









Dari 1 segi, memang ringan kalau nak di bandingkan dengan handphone lama saya.

*www.apple.com/iphone







Selama 2 minggu juga saya 'godek-godek' nak cari button silent ni. Last-last jumpa jugak. Itulah, beli barang tak baca details dalam buku panduan. main tibai je guna. Nasib tak pegi kedai handphone tanya.Haahaahahhahahaa

Performance

Performance iPhone4 ni memang ok. Kalau kita 'tap' apa-apa application memang terus run. Masalah yang paling besar dari segi ini pada saya adalah semasa menaip mesej. Ye la, selama ni dah biasa dengan 'button' besar gedabak tiba-tiba tukar pulak kepada touch screen. Jari saya yang comel ni kadang-kadang tertaip huruf lain dari yang saya nak taip.Apa pun terima kasih kepada processor A4 dengan clock speed 1GHZ serta 512MB RAM.

Lagi 1 body iPhone4 akan terasa panas kalau pegang bawah cahaya matahari dan akan rasa sejuk kalau dok dalam bilik berhawa dingin. Tak caya, cuba pegang kat padang pasir. hahahahahahha




Display

Retina display

3.5-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display

960-by-640-pixel resolution at 326 ppi

800:1 contrast ratio (typical)

500 cd/m2 max brightness (typical)

Fingerprint-resistant oleophobic coating on front and back

Support for display of multiple languages and characters simultaneously Retina display

*www.apple.com/iphone


Camera, photos, and video 

Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio

5-megapixel still camera

VGA-quality photos and video at up to 30 frames per second with the front camera

Tap to focus video or still images

LED flash

Photo and video geotagging
Lastly no night mode on iPhone 4. what????

Tapi secara keseluruhan bab kamera, photos, dan video ni memang puashati.
*contoh gambar yang diambil pada 02/12/2010.Mangsa bunuh di JalanDuta



Bluetooth

Bluetooth hanya boleh digunakan oleh sesama pemilik iPhone 4 sahaja. Serupa juga kalau nak buat video call.Damn...

Hardisk

16GB or 32GB flash drive

Bateri

Masa mula-mula dapat iPhone4 ni tension gak sebab bateri dia tak tahan lama. Tak sampai sehari dah kena charge balik. Bila pegi Maxis Centre (Sunway) baru saya tau sebab apa. Sebab saya on 3G 24 jam..haha.. memang tak tahan lah kan bateri tu. Pastu boleh pulak tanya awek kat sana macammana nak 'off' kan 3G. Very kekampungan.hahahahahahahaha.

Pastu baru saya tau, even kalau kita tak 'on' 3G pun kita still boleh surf internet or keje-keje lain. Tapi slow sikit le. Apa2 hal still bagus kalau nak dicompare dengan sesetengah handphone.

Applications and Games

Memang best. Itu aje komen pasal applications & games dalam iPhone 4 ni.

KESIMPULAN

Memang best guna iPhone4 ni, lebih-lebih lagi dapat free.huahuahua



Untuk info lain boleh pegi ke http://www.apple.com/iphone/features/

p.s: sekarang ni tgh mencari-cari, camnela nak dengar radio through iPhone4 ni. Boleh ke tak boleh?
 
update.....dah jumpa dah tapi tak boleh nak dengar hot.fm (corrupt application) 

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...