Saturday, September 10, 2011

Taman Amanputra Master Planning

Salam,

Cerita dah basi. Time bulan puasa dapat surat dari developer suruh ambil buat appointment untuk inspect & ambik kunci. So bila sampai kat ofis developer, ternampak le diorang punya master planning untuk area rumah aku. Walaupun master planning ni dah lama, still boleh buat rujukan kalau sape2 nak cari rumah lagi area situ.

 Taman Amanputra - Usahasama antara Semai Ria Sdn Bhd (pemaju)
&
 Permodalan Negeri Selangor Berhad (tuan tanah)

Master Planning - rumah aku yang ada anak panah (sorry la kecik sangat tulisan dalam gambar). Bahagian atas kanan gambar adalah highway ke Putrajaya, Cyberjaya, Maju Expressway, KLIA & Lebuhraya PLUS

Cadangan Surau (berbumbung biru).

Cadangan Rumah Kelab (untuk pembeli rumah Semi-D kat depan Rumah Kelab tu kot)
Cadangan Lot Kedai

Friday, September 9, 2011

House for Sale @ Taman Amanputra (Fasa Baru)

Assalamualaikum....

Tengah sedap melayari internet, terjumpa rumah untuk di jual di area rumah aku. So untuk silent reader yang pernah tanya pasal rumah2 kat area ni, kalau still berminat boleh le call si Jack (salesman). Aku beli pun dari dia jugak.

Bagus budaknye...Still lagi remember aku even dah 2 tahun lebih kot tak jumpa dia




Pandangan aku :

untuk harga RM340,000 tu (untuk rumah baru) dah kira ok le tu. Nak pergi Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Bangi pun dekat. Kalau nak pergi Utara @ Selatan pun dekat je. Tak sampai 5 minit drive dah boleh masuk Highway PLUS Hubungan Tengah. Nak pergi Shah Alam @ KL (tol jalan Duta pun boleh jugak)

cuma tang Facilities, 24 hour security tu. Dimaklumkan bahawa taman tu bukannya taman berpagar (gated). Kalau guarded pulak, cuma ada 2 pondok pengawal di jalan keluar masuk. Tapi sepanjang aku masuk keluar tengok rumah baru aku tu, tak ternampak pulak guard yang menjaganya.

ada 1 official website for residents http://www.amanputra.net/ . Boleh lawati kalau nak tengok.

Updated :  Rumah dah dapat kunci & dah buat inspection 06/09/2011 hari tu.
               Nanti aku update pasal planning pemaju kat kawasan sekitar 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...