Monday, September 21, 2015

Business Trip ke Public Gold HQ, PG Museum bersama POKLI

 

Assalamualaikum.....

Berita baik bagi pelanggan serta dealer di bawah rangkaian POKLI. POKLI (dengan kerjasama PG) akan mengadakan Business Trip ke Penang. Details seperti di bawah...


Tarikh :  2-4 Oktober 2015.
Masa Bertolak : 10.00 Malam 
Hari : Jumaat Hingga Ahad 
Penginapan : Eastin Hotel 4 Star (https://www.eastin.com/pg/)

Tujuan : Beramah Mesra & Networking dgn Pihak Pengurusan Public Gold International Berhad.


Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web POKLI.

Sunday, September 20, 2015

Mendulang emas di Gold Museum

(bahagian hadapan)
(parking untuk pelawat direserved di petak parking depan bangunan, nampak kerusi merah sebelah kanan gambar?)


Assalamualaikum.....
Awal bulan 9, 2015 saya telah berpeluang melawat ke Muzium Public Gold  yang terletak di Lebuh Bishop, Pulau Pinang. Memang dah lama tau PG dah ada muzium sendiri tapi x tau pulak kat mana tempatnya, selama ini saya ingatkan muzium ini terletak di HQ. Tapi tak sangka pulak terletak ditengah-tengah bandar Georgetown.


Muzium ini sebenarnya berkongsi bangunan dengan PG cawangan Bishop. Kita boleh membuat urusan jual beli di sini. Lupa pula nak cerita tiket masuk ke muzium ni. Untuk dewasa dikenakan tiket sebanyak RM28 seorang, manakala kanak-kanak 7-12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Gambar di atas adalah bahagian pejabat PG. Ini adalah pemandangan pertama jika kita masuk ke muzium ini.

Di sini kita boleh melihat pameran barangan keluaran Public Gold yang dipamerkan di ruangan pejabat.
Ini adalah item 0.5 gram emas keluaran Public Gold. Saya pun baru tau yang Public Gold ada mengeluarkan item seberat 0.5 gram ini. Waktu ini harga yang dipamerkan ialah rm100 bagi wafer ini.

Gambar seterusnya adalah gambar di bahagian dalam muzium. Satu kekurangan yang agak dikesali adalah kebanyakan tempat adalah di larang untuk mengambil gambar. Hanya sebahagian kecil tempat sahaja yang dibenarkan untuk mengambil gambar.


Gambar di atas adalah some sort of "wishing well" la. Macam kat A'Famosa melaka. Kalau kita campak duit, kononnya hajat kita akan termakbul. Kononnya la. Jangan pulak pepandai campak duit dalam ni, rugi duit kita lagipun benda-benda macam tu kan x dibenarkan dalam agama kita. Tapi ada je orang yang campak dalam tu. Notes yang paling besar saya tengok, adalah notes RM20. 

Gambar bawah adalah peta lombong emas di Asia Tenggara.



Ini adalah replika emas yang terdapat dalam batu yang di lombong.


Inilah jongkong emas seberat 50kg berharga lebih kurang RM8.3 juta. Saya dapat merasa jongkong tersebut, sayangnya tak boleh ambik gambar pula. Ini gambar Master Dealer saya, POKLI....



Di sini juga kita boleh merasai pengalaman mendulang emas dan demonstrasi melebur perak dan seterusnya dijadikan jongkong. Entah mengapa pulak demonstrasi ke atas emas tidak di buat. Gambar demonstrasi melebur perak dicilok dari page PG Gold Museum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...