Saturday, October 24, 2015

Kempen Super Bonanza


Assalamualaikum.....

Sekarang Public Gold menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer dengan pembelian serendah rm10,000.00 (normal dealer) dan RM30,000.00 (priority dealer). Kadar biasa ialah pembelian sebanyak RM30,000 barangan Public Gold baru anda akan di tawarkan menjadi Normal Dealer, manakala pembelian sebanyak RM200,000.00 untuk Priority Dealer.

Bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah iaitu trip pelancongan ke Turki.

Apa lagi tuan-tuan, rebut peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup ini......



Monday, September 21, 2015

Business Trip ke Public Gold HQ, PG Museum bersama POKLI

 

Assalamualaikum.....

Berita baik bagi pelanggan serta dealer di bawah rangkaian POKLI. POKLI (dengan kerjasama PG) akan mengadakan Business Trip ke Penang. Details seperti di bawah...


Tarikh :  2-4 Oktober 2015.
Masa Bertolak : 10.00 Malam 
Hari : Jumaat Hingga Ahad 
Penginapan : Eastin Hotel 4 Star (https://www.eastin.com/pg/)

Tujuan : Beramah Mesra & Networking dgn Pihak Pengurusan Public Gold International Berhad.


Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web POKLI.

Sunday, September 20, 2015

Mendulang emas di Gold Museum

(bahagian hadapan)
(parking untuk pelawat direserved di petak parking depan bangunan, nampak kerusi merah sebelah kanan gambar?)


Assalamualaikum.....
Awal bulan 9, 2015 saya telah berpeluang melawat ke Muzium Public Gold  yang terletak di Lebuh Bishop, Pulau Pinang. Memang dah lama tau PG dah ada muzium sendiri tapi x tau pulak kat mana tempatnya, selama ini saya ingatkan muzium ini terletak di HQ. Tapi tak sangka pulak terletak ditengah-tengah bandar Georgetown.


Muzium ini sebenarnya berkongsi bangunan dengan PG cawangan Bishop. Kita boleh membuat urusan jual beli di sini. Lupa pula nak cerita tiket masuk ke muzium ni. Untuk dewasa dikenakan tiket sebanyak RM28 seorang, manakala kanak-kanak 7-12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Gambar di atas adalah bahagian pejabat PG. Ini adalah pemandangan pertama jika kita masuk ke muzium ini.

Di sini kita boleh melihat pameran barangan keluaran Public Gold yang dipamerkan di ruangan pejabat.
Ini adalah item 0.5 gram emas keluaran Public Gold. Saya pun baru tau yang Public Gold ada mengeluarkan item seberat 0.5 gram ini. Waktu ini harga yang dipamerkan ialah rm100 bagi wafer ini.

Gambar seterusnya adalah gambar di bahagian dalam muzium. Satu kekurangan yang agak dikesali adalah kebanyakan tempat adalah di larang untuk mengambil gambar. Hanya sebahagian kecil tempat sahaja yang dibenarkan untuk mengambil gambar.


Gambar di atas adalah some sort of "wishing well" la. Macam kat A'Famosa melaka. Kalau kita campak duit, kononnya hajat kita akan termakbul. Kononnya la. Jangan pulak pepandai campak duit dalam ni, rugi duit kita lagipun benda-benda macam tu kan x dibenarkan dalam agama kita. Tapi ada je orang yang campak dalam tu. Notes yang paling besar saya tengok, adalah notes RM20. 

Gambar bawah adalah peta lombong emas di Asia Tenggara.



Ini adalah replika emas yang terdapat dalam batu yang di lombong.


Inilah jongkong emas seberat 50kg berharga lebih kurang RM8.3 juta. Saya dapat merasa jongkong tersebut, sayangnya tak boleh ambik gambar pula. Ini gambar Master Dealer saya, POKLI....



Di sini juga kita boleh merasai pengalaman mendulang emas dan demonstrasi melebur perak dan seterusnya dijadikan jongkong. Entah mengapa pulak demonstrasi ke atas emas tidak di buat. Gambar demonstrasi melebur perak dicilok dari page PG Gold Museum.

Tuesday, June 23, 2015

Ganti Duit Raya Dengan Emas

Assalamualaikum.......

Saya doakan pembaca blog ini berjaya dan kaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, sekarang kita sudah masuk ke hari yang ke 6 bulan ramadhan tahun 2015 (1436 hijrah). Bagi yang masih mampu bertahan Alhamdulillah dan tahniah.

Sempena menyambut hari raya pada bulan depan, apa kata hadiahkan anak-anak kita dengan bar emas 1 gram dari Public Gold.



Emas ini seberat hanya 1 gram dan diperbuat dari emas berketulenan 999. Emas 1 gram (raya) dari Public Gold ini adalah antara emas 1 gram yang termurah dalam pasaran.

Boleh wassap saya di 012-3206073. Penghantaran secara COD adalah dalam kawasan Cyberjaya, Tesco Bandar Bukit Puchong, Masjid Besi Putrajaya sahaja.

Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!








Sunday, June 21, 2015

Emas 1 Gram Public Gold

Assalamualaikum...
 
Public Gold telah mengeluarkan emas di dalam berat yang kecil (1gram). Emas ini adalah emas 999. Sesuai untuk mereka yang bermodal kecil tetapi berminat untuk mengumpul emas atau dijadikan cenderahati kepada yang tersayang dan juga sangat sesuai dijadikan hadiah korporat.
 
Untuk tempahan, boleh hubungi 012-320 6073
 
 
1. Raya
 
2. Goat
 
 
3. Original

4. Wedding


Kuih Raya 2015

Assalamualaikum...
 
Seperti tahun-tahun sudah, saya merupakan agen rasmi cookies keluaran DeHeart Idealisme. Jadi, tahun ni masih boleh dapatkan cookies kegemaran anda semua dari saya ya. Lokasi liputan saya ialah : Cyberjaya, Puchong, Mentakab, Temerloh Pahang.
 
Tahun ini, DeHeart menyediakan 12 jenis cookies termasuk 3 jenis cookies yang baru. Dan seperti biasanya, rasa setiap cookies ini memberikan anda kepuasan dalam menikmati cookies raya. So, jom kita layan gambar2 cookies =)


























Selain mengedar cookies keluaran DeHeart, saya juga ada mengedar lima jenis cookies lain. Antaranya :










 
Sekiranya berminat dengan cookies yang saya edarkan untuk tahun ini, jangan segan-segan hubungi saya untuk menempah ya =)

Saturday, April 18, 2015

Blog Jual Telekung Kanak2 dan Dewasa

Assalamualaikum....semoga semua yang meluangkan masa membaca blog ini di beri rezeki yang halal & keberkatan hidup oleh Allah hendaknya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan blog yang menjual Telekung Lycra kanak2 dan dewasa.

Anda boleh dapatkannya di laman web ini. www.hannanicloset.blogspot.com


Telekung ini diperbuat dari 'high quality lycra'
Antara ciri-ciri telekung ini ialah
  • Tidak berkedut 
  • Tidak perlu iron iron
  • Kain sejuk
  • Jahitan kemas


hannanicloset
Code : HH021 ( Green )


www.hannanicloset.blogspot.com
Code : HB0025 ( Blue )


www.hannanicloset.blogspot.com

Code : HU023 ( Purple )

Friday, January 16, 2015

Homestay Baitul-Husna (Melaka)

Assalamualaikum.......

Homestay di Bandar Melaka, lokasi yang strategik, selesa dan bersih dengan tawaran harga yang berpatutan. Sesuai untuk keluarga dan rombongan. Boleh memuatkan sehingga 20 orang dalam satu-satu masa.

Lokasinya terletak berhampiran jalan utama Sungai Udang-Ayer Keroh. Sebuah taman perumahan yang diawasi sekuriti 24 jam dan kamera litar tertutup (CCTV). Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ketiga- tiga bilik adalah berkatil saiz Queen.

Baitul Husna Homestay merupakan rumah penginapan yang terletak di Taman Bertam Setia, Melaka.

Rumah Semi-D Corner Lot.








Ada ruang tanah. Boleh pasang khemah bagi yang suka bercamping

 

Ruang parkir muat untuk 2 buah kereta




Bilik Tidur Utama


Bilik Tidur Dua


Bilik Tidur Tiga



Bilik tidur utama dilengkapi penyaman udara



 Bilik air utama dilengkapi Water Heater 



Kemudahan dapur gas dan peti sejuk untuk memasak



Kemudahan mesin basuh untuk membasuh pakaian





Ruang Tamu yang selesa dilengkapi sofa, TV LED dan Astro



Ruang Makan yang luas



Lain-lain kemudahan

  • Tilam toto extra
  • Sterika
  • Kettle jug
  • Pembakar roti
  • Pinggan Mangkuk
  • Sejadah & Telekung

KADAR SEWA :

     RM250 - untuk 15 orang penghuni ke bawah

     RM300 - untuk lebih dari 15 orang penghuni



CHECK IN     : 02.00 PM

CHECK OUT : 12.00 PM

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI :
Encik Ariff 019-375 9091
Whatsapp/Telegram/SMS



DEPOSIT : RM50 semalam untuk booking tarikh

BAKI       : Dijelaskan ketika CHECK IN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...