Showing posts with label akhbar. Show all posts
Showing posts with label akhbar. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Berhati hati dengan emas anda


Assalamualaikum...


Lanjutan dari laporan Berita Harian semalam, disiarkan rencana ini di dalam akhbar yang sama pada hari ini. Semoga tuan puan dapat mengambil iktibar.










.


Sebenarnya bukan emas Public Gold (PG) sahaja yang terlibat dengan skim ini. Mereka yang menjalankan skim ini menggunakan semua jenama emas kerana fitrah manusia yang sentiasa tertarik kepada logam berharga ini.

Nasihat saya...Apabila tuan membeli emas, pastikan emas dapat ditangan. Urusan jualbeli emas ini melibatkan hukum-hukum di dalam Islam kerana urusan melibatkan emas ini senang untuk mencampakkan diri kita terlibat dengan riba'. Wallahualam.

Jika tuan terdesak untuk menggunakan duit untuk urusan bisnes, keluarga dan sebagainya, tuan boleh menjual emas yang ada dalam pegangan tuan atau memajakkannya di Ar-Rahnu yang berhampiran.

Untuk makluman, Ar-rahnu Bank Rakyat (saya biasa pajak di cawangan Cyberjaya & Presint 15, Putrajaya) menerima pajakan emas PG. Untuk senarai lengkap Ar-rahnu yang menerima barangan PG, boleh pergi ke laman web PG di www.publicgold.com.my.


Di harap selepas ini, para pelanggan Public Gold tidak ragu-ragu untuk membeli produk emas & perak lagi.

Anda boleh klik button di bawah untuk mula membeli!!!

Tempah Emas Anda Sekarang!!!



Wednesday, October 1, 2014

Public Gold menjalankan skim cepat kaya?



Assalamualaikum....

Di atas adalah keratan akhbar Berita Harian pada 01/10/2014. Public Gold disenaraikan antara syarikat yang membuat Skim Cepat Kaya serta disenaraihitamkan oleh Bank Negara.

Syarikat Public Gold telah mengambil langkah segera dengan menafikan pernah terlibat dengan skim ini dan akan mengambil tindakan undang2 untuk menjaga nama baik syarikat, pengedar dan juga pembeli barangan Public Gold.



Kita nantikan apa tindakan dari Berita Harian

Monday, December 5, 2011

Didik wanita melabur emas - utusan malaysia

Oleh ZUHAYATI YAZID

Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.

Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.

"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.

Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.

"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.

Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan."Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.


Saturday, December 3, 2011

Trend emas sentiasa berubah - utusan malaysia



PENGALAMAN Lim Wai Chee dalam bidang rekaan barang kemas memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Selama 15 tahun wanita itu mengabdikan diri, memerah otak menghasilkan rekaan barang kemas yang dipakai wanita hari ini.

Kepuasannya ialah apabila dia melihat wanita hari ini mula sedar akan kepentingan barang kemas yang bukan sekadar untuk bergaya malah yang lebih utama ia merupakan salah satu medium pelaburan.

"Sekarang mungkin wanita tidak lagi gemar memakai barangan kemas yang sarat kerana faktor keselamatan. Kes jenayah ragut membuatkan wanita semakin berhati-hati dan memakai barang kemas seadanya," ujarnya yang ditemui pada sesi melawat kilang pembuatan barangan kemas Tomei baru-baru ini.

Tetapi atas faktor keselamatan, gambar Wai Chee tidak boleh diambil untuk disertakan dalam artikel ini.Wai Chee yang memang taksub dengan kerjayanya berkata, emas bagi setiap kaum memiliki maknanya yang tersendiri.

"Kaum Cina contohnya mesti mempunyai barang kemas yang dijadikan hadiah dari ibu bapa kepada anak yang berkahwin. Ini satu kemestian. Corak barangan kemas yang popular untuk tujuan ini pula ialah motif naga," katanya yang berkelulusan dari bidang seni halus dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Menceritakan bagaimana dia memperolehi idea untuk menghasilkan koleksi barang kemas, Wai Chee berkata, dia banyak mengambil inspirasi melihat gambar-gambar di Internet. Namun dia juga pasti tidak melupakan untuk menambah ciri Malaysia pada setiap rekaan yang dihasilkan.

"Saya melihat trend reka bentuk barangan kemas di Malaysia ini berkembang sama seperti pakaian. Pesatnya perubahan fesyen di satu-satu negara turut mendorong kepada perubahan dalam corak barangan kemas yang dipilih pelanggan. "Sebab itu kilang ini tidak menghasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu corak kerana permintaan akan berubah mengikut musim. "Satu ketika corak lama kembali popular dan ia akan berulang mengikut pusingan dan bergantung kepada musim," katanya.

Wai Chee mengamalkan konsep bekerja secara berkumpulan kerana baginya kerjasama berkumpulan akan menghasilkan pengeluaran yang lebih baik.

"Pada saya sebenarnya emas ini lebih dekat di hati orang Melayu. Pada kaum Cina pula selain hadiah perkahwinan mereka suka membeli bar emas untuk disimpan sebagai pelaburan. "Memang kita sudah lama dalam bidang penghasilan barangan kemas namun itu tidak bermakna barangan yang dihasilkan tidak mengikut perkembangan semasa," jelasnya.

Tuesday, August 23, 2011

Gandakan Nilai harta dengan Melabur dalam emas

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.


DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas
Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
(kini Bursa Malaysia)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...