Showing posts with label gcp. Show all posts
Showing posts with label gcp. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Pengiraan Zakat Emas & Perak

Nisab dan kadar zakat emas
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
 

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak


Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat = 1,000 gm x 0.62 x2.5%
= 15.50

Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com

012-320 6073

Monday, May 27, 2013

Bagaimana harga emas harian dibuka?


Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
 
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:
 
Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.
 
Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.
 
Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.
 
Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
 
kredit to hargaemas.my


Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com

012-320 6073

Thursday, August 30, 2012

Terkenang semasa dulu


Salam....

Lebih kurang 2 tahun lepas membuat belian pertama sebagai dealer Public Gold.


Cuba bandingkan dengan harga sekarang

* untuk jualan balik ke Public Gold, gunakan harga PG BUY. Untuk jualan kepada pelanggan, gunakan harga PG SELL.

Jom kita buat kira2 sikit.

29/12/2010 Belian

1 dinar PG RM652 x 2 kpg       = RM1,304.00
5 dinar PG RM3245 x 1kpg      = RM3,245.00
10 dinar PG RM6461 x 1 kpg   = RM6,461.00
20gram PG RM3155 x 1kpg     = RM3,155.00
50gram PG RM7850 x 1kpg     = RM7,850.00
Jumlah belian emas                  RM22,015.00

+Kos pengangkutan                     RM30.00
JUMLAH                                  RM 22,045.00  

Situasi 1 (Jual semula kepada Public Gold)
*30/08/2012
*HARGA PG BUY

1 dinar PG RM692 x 2 kpg       = RM1,384.00
5 dinar PG RM3462 x 1kpg      = RM3,462.00
10 dinar PG RM6929 x 1 kpg   = RM6,929.00
20gram PG RM3375 x 1kpg     = RM3,375.00
50gram PG RM8442 x 1kpg     = RM8,442.00
Jumlah jualan emas                  RM23,592.00

Keuntungan RM1547.00 (belian 29/12/2010 - jualan 30/08/2012 kepada PG)

*oleh kerana saya adalah ejen public gold, saya layak untuk mendapat pulangan lagi sebanyak 0.5% dari harga jualan iaitu RM117.96

Untung sebenar saya ialah RM1,547.00 + RM117.96 = RM1,664.96


Situasi 2 (Jual semula kepada pelanggan melalui facebook dsbnya)
*30/08/2012
*HARGA PG SELL

1 dinar PG RM736 x 2 kpg       = RM1,472.00
5 dinar PG RM3663 x 1kpg      = RM3,663.00
10 dinar PG RM7294 x 1 kpg   = RM7294.00
20gram PG RM3590 x 1kpg     = RM3,590.00
50gram PG RM8933 x 1kpg     = RM8,933.00
Jumlah jualan emas                  RM24,952.00
 
Keuntungan RM2,907.00 (belian 29/12/2010 - jualan 30/08/2012 )


* pengiraan belum mengambilkira komisen yang diterima (normal dealer 1%, priority dealer 1.5% & master dealer 2% dari harga belian)

* contohnya, jika saya membeli 1 dinar PG pada tarikh 30/08/2012 (harga PG SELL). Saya perlu membayar RM736.00. Tetapi pada 20/09/2012 (PG akan mengkreditkan komisen pada tarikh ini setiap bulan) komisen yang saya dapat dari pembelian 1 dinar ialah RM11.04. (% Priority Dealer x RM736). Dengan ertikata lain, saya hanya perlu membayar sebanyak RM724.96 sahaja untuk 1 dinar tersebut.



disclaimer : ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama menjadi dealer Public Gold. Syarikat emas yang lain menawarkan insentif yang berbeza antara satu sama lain. Terpulang pada tuan untuk memilih syarikat mana yang terbaik. Cuma pastikan bila anda melabur dalam emas & perak, pastikan anda mendapat emas & perak fizikal & bukannya sekadar sijil perakuan atau buku penyata sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...