Showing posts with label hartanah. Show all posts
Showing posts with label hartanah. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Untungnya melabur dalam hartanah

Assalamualaikum...

Dalam post dulu saya ada cerita tentang rumah di Amanputra ni. Boleh klik link di bawah untuk baca.







Ahad pergi kenduri jiran kat area ni jugak. Tengah berborak2, dia bagitau bulan 12 ni nak pindah Alam Sari di Bangi. Rumah ni dah dijual. Market value (RHB Bank) RM520,000.00!!!!!

Memang tinggila naiknya. Apa tidaknya, dulu (2009) beli baru RM260,000.00++. Dalam 5 tahun dah naik sekali ganda. Dalam kepala mula terbayang-bayang untuk buat refinance. InsyaAllah dapat lebihan dalam RM200k++ ni.



Friday, April 26, 2013

Taman Langat Murni

Assalamualaikum....
 
Pembelian hartanah/liabiliti yang ke 2. Kenapa saya kata liabiliti? Kerana walaupun rumah adalah aset, tetapi kalau tidak menjana keuntungan malahan perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan, pasti termasuk dalam liabiliti kita kan?
 
Sebenarnya, saya memang bercadang untuk membeli sebuah lagi rumah landed/ low cost apartment untuk dijadikan sumber pendapatan yang lain. Untungnya saya di pejabat tempat saya bekerja, kebanyakannya memang berminat dalam hartanah. So info-info berkaitan hartanah memang cepat je dapat.

 
Satu hari, ofismate saya bercerita tentang 1 projek perumahan berdekatan dengan Masjid KLIA. Harga permulaan bagi sebuah rumah teres setingkat ialah RM198,00.00 sahaja. Dan yang paling best.....x payah bayar apa2 (kecuali yuran proses dari Bahagian Pinjaman Perumahan sebanyak RM198.00)
 
So gigihla saya surf kat website mudah.my mencari iklan tersebut.


 

Info ringkas berkenaan projek ini.

Rumah teres setingkat berbagai keluasan (seperti dalam gambar)
Harga Minimum : RM198,000.00
3 bilik tidur, 2 bilik air
Status tanah adalah tanah pajakan 99 tahun yang akan berakhir 04/11/2101
Tarikh siap : 24 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli (November 2013)
Pemaju : Juwita Kasih Sendirian Bhd

Lokasi strategik

2km ke masjid KLIA
2km ke Kompleks Tabung Haji (dipindahkan dari Kelana Jaya)
2km ke Balai Polis KLIA
2.5km ke Balai Bomba
Berhadapan Kilang Genting Sanyen
Berdekatan dengan KLIA/LCCT/ KLIA 2, Sepang F1,
Berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya ( 30 minit berkereta )
Berdekatan dengan Port Dickson, N.Sembilan ( 1 jam berkereta )
Berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti Masjid, Surau, Sekolah, Kedai-Kedai dan lain-lain lagi
15 min ke ERT (Express Rail Link Transit) Salak Tinggi
15 min ke Bagan Lalang, Dengkil
45 min ke Kuala Lumpur
Berhampiran Akses Lebuhraya ELITE & MEX

Bukan kawasan banjir

 
Boleh nampak kubah masjid KLIA. Bersebelahan projek Kompleks Tabung Haji

 
 
 
 

Progress terkini pembinaan
 
 

 

Friday, February 18, 2011

Low Cost Apartment - Seroja Apartment

Assalamualaikum…
Last week pergi Setia Alam. Saje nak usha rumah kat situ. Lagipun member ada bagitau apartment kos rendah nak dijual. Harga dalam Rm42,000 aje. Mana nak dapat harga ni kat kl? So bila dah sampai kat galeri SP Setia (pemaju), baru la tau among other requirement, total household income tak boleh exceed RM2,500 sebulan.
Melepas la lagi……
Pandangan saya, kalau dapat apartment ni memang dapat generate +ve income. Loan RM42,000. Bulan2 bayar dalam rm300-RM400. Sewa kat sana boleh capai dalam RM600 sebulan. Lebih kurang 100 ke 200 meter ada Tesco, Giant, Petronas. Private institution pun nak bina kat area tu. So kalau sesiapa nak mencuba nasib, boleh pergi ambik borang untuk apply beli apartment kat Setia Alam. Lupa pulak, rumah ni freehold ye?

Saturday, December 11, 2010

Modal RM500, untung RM140,000

Salam.....

Mesti semua ingat ini entry pasal MLM.hahahahahahahahaha

Sebenarnya saya nak cerita, kawan saya baru saja menjual rumah yang di belinya pada tahun lepas. Area dekat Setia Alam. Kalau siapa-siapa tahu, kawasan tu dimajukan oleh SP Setia. Salah satu pemaju yang mempunyai good track record & pernah memenangi berbagai-bagai anugerah berkaitan pembinaan ni. Even di Putrajaya pun ada projek mereka, terutamanya di Presint 15. Rumah kawan saya ini 2 tingkat & freehold pulak tu. Bila dia mention last month dia nak jual rumah tu, saja-saja la saya tanya berapa dia beli rumah tu? Dalam RM250,000.00 jugak dia bagitau.

Click To Enlarge
map to Setia Alam from.....anywhere

Tapi saya tak lah interested sangat sebab saya tak familiar kawasan tu, lagipun isteri saya bekerja di Putrajaya & saya di K.L. Kami suami isteri sudah menetapkan antara ciri terpenting rumah kami, mestilah dekat dengan tempat kerja salah seorang dari kami. Lokasi yang terbaik Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi.

Cerita kawan saya membeli rumah ni lebih kurang sama dengan cerita saya membeli rumah saya sekarang ini. Pergi showhouse, dengar2 sikit penerangan terus bayar deposit. Yang bestnya, tidak seperti saya, kawan saya hanya mengeluarkan deposit (@ booking?) sebanyak rm500 sahaja dan selebihnya memohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan.

rumah kawan saya (anak panah, berhadapan sekolah)

Sungguh tak sangka, tak sampai 1 tahun harga rumah beliau telah naik sampai RM390,000. Jadi orang kaya baru lah kawan saya itu.

Tapi isi yang paling penting saya nak mention dalam post ini ialah..............minggu depan dia nak support saya lunch.....alhamdulillah.hehehehehehehe

ps: tambah 1 lagi azam tahun 2011. Hartanah

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...