Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Untungnya melabur dalam hartanah

Assalamualaikum...

Dalam post dulu saya ada cerita tentang rumah di Amanputra ni. Boleh klik link di bawah untuk baca.







Ahad pergi kenduri jiran kat area ni jugak. Tengah berborak2, dia bagitau bulan 12 ni nak pindah Alam Sari di Bangi. Rumah ni dah dijual. Market value (RHB Bank) RM520,000.00!!!!!

Memang tinggila naiknya. Apa tidaknya, dulu (2009) beli baru RM260,000.00++. Dalam 5 tahun dah naik sekali ganda. Dalam kepala mula terbayang-bayang untuk buat refinance. InsyaAllah dapat lebihan dalam RM200k++ ni.



Friday, April 26, 2013

Taman Langat Murni

Assalamualaikum....
 
Pembelian hartanah/liabiliti yang ke 2. Kenapa saya kata liabiliti? Kerana walaupun rumah adalah aset, tetapi kalau tidak menjana keuntungan malahan perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan, pasti termasuk dalam liabiliti kita kan?
 
Sebenarnya, saya memang bercadang untuk membeli sebuah lagi rumah landed/ low cost apartment untuk dijadikan sumber pendapatan yang lain. Untungnya saya di pejabat tempat saya bekerja, kebanyakannya memang berminat dalam hartanah. So info-info berkaitan hartanah memang cepat je dapat.

 
Satu hari, ofismate saya bercerita tentang 1 projek perumahan berdekatan dengan Masjid KLIA. Harga permulaan bagi sebuah rumah teres setingkat ialah RM198,00.00 sahaja. Dan yang paling best.....x payah bayar apa2 (kecuali yuran proses dari Bahagian Pinjaman Perumahan sebanyak RM198.00)
 
So gigihla saya surf kat website mudah.my mencari iklan tersebut.


 

Info ringkas berkenaan projek ini.

Rumah teres setingkat berbagai keluasan (seperti dalam gambar)
Harga Minimum : RM198,000.00
3 bilik tidur, 2 bilik air
Status tanah adalah tanah pajakan 99 tahun yang akan berakhir 04/11/2101
Tarikh siap : 24 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli (November 2013)
Pemaju : Juwita Kasih Sendirian Bhd

Lokasi strategik

2km ke masjid KLIA
2km ke Kompleks Tabung Haji (dipindahkan dari Kelana Jaya)
2km ke Balai Polis KLIA
2.5km ke Balai Bomba
Berhadapan Kilang Genting Sanyen
Berdekatan dengan KLIA/LCCT/ KLIA 2, Sepang F1,
Berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya ( 30 minit berkereta )
Berdekatan dengan Port Dickson, N.Sembilan ( 1 jam berkereta )
Berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti Masjid, Surau, Sekolah, Kedai-Kedai dan lain-lain lagi
15 min ke ERT (Express Rail Link Transit) Salak Tinggi
15 min ke Bagan Lalang, Dengkil
45 min ke Kuala Lumpur
Berhampiran Akses Lebuhraya ELITE & MEX

Bukan kawasan banjir

 
Boleh nampak kubah masjid KLIA. Bersebelahan projek Kompleks Tabung Haji

 
 
 
 

Progress terkini pembinaan
 
 

 

Saturday, September 10, 2011

Taman Amanputra Master Planning

Salam,

Cerita dah basi. Time bulan puasa dapat surat dari developer suruh ambil buat appointment untuk inspect & ambik kunci. So bila sampai kat ofis developer, ternampak le diorang punya master planning untuk area rumah aku. Walaupun master planning ni dah lama, still boleh buat rujukan kalau sape2 nak cari rumah lagi area situ.

 Taman Amanputra - Usahasama antara Semai Ria Sdn Bhd (pemaju)
&
 Permodalan Negeri Selangor Berhad (tuan tanah)

Master Planning - rumah aku yang ada anak panah (sorry la kecik sangat tulisan dalam gambar). Bahagian atas kanan gambar adalah highway ke Putrajaya, Cyberjaya, Maju Expressway, KLIA & Lebuhraya PLUS

Cadangan Surau (berbumbung biru).

Cadangan Rumah Kelab (untuk pembeli rumah Semi-D kat depan Rumah Kelab tu kot)
Cadangan Lot Kedai

Friday, September 9, 2011

House for Sale @ Taman Amanputra (Fasa Baru)

Assalamualaikum....

Tengah sedap melayari internet, terjumpa rumah untuk di jual di area rumah aku. So untuk silent reader yang pernah tanya pasal rumah2 kat area ni, kalau still berminat boleh le call si Jack (salesman). Aku beli pun dari dia jugak.

Bagus budaknye...Still lagi remember aku even dah 2 tahun lebih kot tak jumpa dia




Pandangan aku :

untuk harga RM340,000 tu (untuk rumah baru) dah kira ok le tu. Nak pergi Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Bangi pun dekat. Kalau nak pergi Utara @ Selatan pun dekat je. Tak sampai 5 minit drive dah boleh masuk Highway PLUS Hubungan Tengah. Nak pergi Shah Alam @ KL (tol jalan Duta pun boleh jugak)

cuma tang Facilities, 24 hour security tu. Dimaklumkan bahawa taman tu bukannya taman berpagar (gated). Kalau guarded pulak, cuma ada 2 pondok pengawal di jalan keluar masuk. Tapi sepanjang aku masuk keluar tengok rumah baru aku tu, tak ternampak pulak guard yang menjaganya.

ada 1 official website for residents http://www.amanputra.net/ . Boleh lawati kalau nak tengok.

Updated :  Rumah dah dapat kunci & dah buat inspection 06/09/2011 hari tu.
               Nanti aku update pasal planning pemaju kat kawasan sekitar 

Monday, July 25, 2011

Taman Amanputra - Puchong - Cyberjaya

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringin nak story pasal rumah aku ni. Actually semalam ada akak kat ofis ni call. Tanya pasal Amanputra. Banyak (tak la banyak sgt kot) aku story kat dia pasal taman ni walaupun aku tak duduk lagi.Hehehehehehe.

amanputra fasa 3
Dia macam berminat nak cari rumah area sini. Ye la, kalau taman sebelah tu (Nusaputra) harganya pun dah nak dekat 1/2 juta. Nasib le Amanputra ni consider rendah lagi. Maybe sebab title la kot. Amanputra ni tanah pajakan (99tahun).



bandingan harga Amanputra & Nusaputra (yang ni fasa lama)
padahal taman sebelah menyebelah aje.

Kalau nak ikutkan, termasuk akak ni, dah 3 orang tanya aku pasal rumah ni. Ada brother offer RM300,000.00 untuk rumah aku. Tapi terpaksalah tolak dengan baik. Lagipun rumah tu aku beli untuk duduk, bukan untuk investment. 1 lagi, rumah tu memang dekat sangat dengan bakal ofis aku di Cyberjaya & ofis wife aku di Putrajaya tu.


bakal ofis aku

Nak jalan2 Alamanda dekat, KLIA pun dalam 30 ke 45 minit, nak ke Seremban, Utara, Shah Alam pun dekat (ikut PLUS Hubungan Tengah)

google maps


Lagi 1 point aku tak nak jual rumah tu (buat masa ni), sebab ada perancangan nak bina shopping complex & macam2 lagi kat tanah kosong kat situ. Senang sikit nak shopping2 nanti. Ye tak?

Monday, April 4, 2011

Taman Amanputra, Puchong

Assalamualaikum...

Actually dah lama nak cerita pasal rumah aku (yang pertama). Bulan puasa 2009 tiba2 datang idea nak duduk rumah sendiri. Sekarang ni kami tinggal di apartment di Putrajaya. Banyak masalah sebenarnya tinggal di apartment. Dengan suasana tak selesa, terpaksa berebut petak parking, kereta yang diparking sesuka hati dll.

So setelah berbincang lebih kurang, kami sepakat untuk cari rumah sendiri (of coursela yg landed). Kami pergi Kajang, Bangi, Dengkil tapi tak jumpa area yang betul2 berkenan. Kalau ada pun yang kat Bangi (hadapan Tasik Cempaka) yang harganya mau sampai 1 juta tu.

Last resort, kitaorang jalan2 area puchong. Area Puchong ni tak termasukla dalam list kami sebenarnya. Segenap ceruk Puchong la kami survey. Last2 sampai kat area Pulau Meranti & kawasan sekitarnya, pun tak jumpa. Then bila kami decided nak patah balik cari semula kat area Bangi , ternampak 1 iklan yang amatlah kecik. Rasa2 iklan tu sebesar penunjuk arah rumah orang kawin je. Besar kertas A4 kot.

Alang-alang dah dekat, kami teruskan juga la ke showhouse tu...Kat bawah ni showhouse tu.

Untuk makluman, projek Taman Amanputra ini adalah kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor & pemaju Semai Ria Sdn Bhd.

screenshot dari laman web Permodalan Selangor 

parking

ruang dapur

family area (tingkat 1)
Boleh kata cinta pandang pertama la kat rumah ni. Hampir menepati 100% rumah impian kami. Cuma takde kolam renang je. heheehehehe.

So, tanpa bertangguh-tangguh terus bayar duit booking & the next 1 @ 2 days terus bayar deposit.

Antara sebab2 kami membeli rumah area ni..

tol exit putrajaya (to KLIA, North & South). Nak balik kampung kat Pahang jauh sikitla.

kiri, to Cyberjaya & Taman Sains Selangor 2. Kanan Taman Amanputra

flyover menghubungkan Cyberjaya & Amanputra

amanputra @ uncle google
Kalau sesiapa pernah datang Putrajaya ikut Highway MEX (Maju Expressway), Highway KL-Putrajaya, bila sampai hujung sekali lepas tol Putrajaya, ambik simpang ke kanan. Dalam 1 kilometer tu dah sampai Amanputra ni.

Setelah hampir 2 tahun menunggu, ini lah hasilnya rumah baru kami..

rumah nombor 1*

parking muat 2 kereta

ruang tamu

stor & tangga ke tingkat 1

dapur

tanah belakang

taman permainan

tadika sebelah taman permainan

sesi kenal mesra dengan brader indon

Last week jalan2 area sini lagi, terserempak dengan brader indon ni. Orang Surabaya. Anak isteri tinggal di Surabaya.Datang sorang2 kat sini. Kalau aku, boleh ke tinggal anak bini datang negara orang cari rezeki?

Banyak jugak info aku dapat dari brader ni. Pemaju nak buat flat, semi-D kat ruang tanah yang kosong kat area ni jugak. Surau & tadika pun nak bina tak jauh dari rumah aku ni. Boleh la tiap2 hari pergi surau. huhuhuhuhu.

Pastu ada 1 hypermarket dengar-dengarnye nak buat kat sini. Yang ni kalau jadi, Alhamdulillah. Tak la jauh sangat nanti nak cari barang2 rumah. Kalau tidak, kena pergi Putrajaya la kalau nak cari barang rumah.

rumah nombor 1*, Jalan Amanputra 3/1, Puchong
gambar tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis saya @ Cyberjaya....hopefully
(lebih kurang 5 minit dari rumah)

gambar ni pun tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis wife saya @ Putrajaya....hopefully
(lebih kurang 15 minit dari rumah)



beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...