Artikel ini daripada MohdZulkifli.com
Terlalu banyak orang tanya saya
akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income
bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang
tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit
janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100%
dalam tempoh setahun!
Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat
keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too
good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang
biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah
lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!
Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?
Kalau betul ianya pelaburan yang tulen,
jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan
institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih
‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah
quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim
pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun
tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red
flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…
Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau
penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa
untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun.
Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300%
setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama
dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga
yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti
Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan
kaedah macam tu?
Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya
Secara jujurnya, saya tak pasti samada
skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri
yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim
cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:
#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal
Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu
sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman),
“Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun
‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang
tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi
(melebihi 34% setahun)?”.
Kalau benar pelaburan tu tulen, saya
syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam
tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita
masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu
penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan
“bebas kewangan”!
#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah
Apa yang saya perhati, kaedah begitu
mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai
program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat
income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.
#3 – Produk Bukan Subjek Penting
Emas tak penting, harga emas semasa tak
penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income
bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu
rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak
ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena
mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun,
semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak
kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.
#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur
Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur
akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu.
Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa
pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam
balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold
yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu?
Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi
untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya
berbelit-belit.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang
betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana
datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi
dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan
kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak
kisah. Janji masyuuk jer.
#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”
Maaf. Kalau marketing tunjuk duit
berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim
cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka
lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak
bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.
Cuba tengok guru-guru bisnes, guru
kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta
mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi
Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet),
Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan
lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta
mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.
Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu
show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang
dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka
tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!
Money Game Bertopeng Emas?
Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim
begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau
permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita
untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur,
jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu
penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada
tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?
Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim
macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat
kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit
pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu
oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu
sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak
dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat.
Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah
syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak
menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi
penganjur tetap kaya raya…
Pelaburan Emas Sebenar?
Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul. Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.
Hakikatnya, pelaburan emas yang
sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income
bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung
pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low,
sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat
sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.
Wallahu a’lam.