Tuesday, January 18, 2011

Ready Stock

Assalamualaikum,

Saya mempunyai stok seperti di bawah. Anda yang berminat untuk membeli dinar-dinar di bawah sila sms 012-3206073 (helmi). Harga jual (Harga We Sell) boleh dilihat di sebelah kiri laman web ini.

Penghantaran percuma ke Putrajaya, Cyberjaya, Mines Shopping Fair, Sri Kembangan, Serdang, Jalan Duta.

Dapatkannya sebelum harga emas kembali naik!!!.

1 dinar x 2 keping   5 dinar x 1 keping


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Sunday, January 16, 2011

1 Dinar 1 Tahun

Salam...

Hujung minggu ni (15/01/2010 & 16/01/2010) harga emas Public (www.publicgold.com.my) turun ke harga antara terendah tahun ini. Bagi yang masih berfikir-fikir untuk membeli & melabur dalam emas, waktu ini adalah waktu yang baik untuk membeli emas anda.

Jumaat (14/01/2011) harijadi puteri kedua saya yang pertama. Apa hadiah untuk puteri saya? Saya & isteri telah bersepakat untuk menghadiahkan 1 dinar pada setiap kali hari jadi anak-anak kami. Anak yang sulung walaupun belum mencapai umur 3 tahun telah mempunyai simpanan sebanyak 3 dinar emas (RM500++) pada hari dibeli) So bulan 4 nanti tak payah le nak beli hadiah. Lagipun harga 1 dinar pada waktu sekarang telah meningkat ke RM600 lebih sekarang.

Target saya, apabila anak2 sudah besar & mula memasuki universiti, duit 1 dinar yang dikumpul boleh digunakan untuk membayar yuran & belanja di universiti.


 So, apa perancangan anda untuk anak-anak anda?

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)




Monday, January 10, 2011

Jenis Emas & Perak Yang Boleh Di Beli Melalui Saya

Salam,

Di bawah ini adalah produk emas & perak yang boleh di beli melalui saya. Buat masa ini saya hanya membeli & menjual produk dari Syarikat Public Fine Gold.

Untuk mendapat harga terkini, sila rujuk harga 'We Sell' di bahagian kiri website ini.

Jongkong Emas



 MetalAuAuAuAu
 Weight (g)2050100250
 Size (W x L, mm)16 x 2524 x 3735 x 5434 x 70
 Thickness (mm)33.535
 Purity999.9999.9999.9999.9




Syiling Emas



 MetalAu
 Weight (g)50
 Diameter (mm)38
 Thickness (mm)3
 Purity999.9




Dinar Emas



 MetalAuAuAu
 Weight (g)4.2521.2542.50
 Diameter (mm)183238
 Thickness (mm)0.721.502.18
 Purity916916916




Jongkong Perak



 
 MetalAg Ag Ag
 Weight (g)1000 500 250
 Size (W x L, mm)- - -
 Thickness (mm)- - -
 Purity999 999
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Friday, January 7, 2011

Jadual Pengambilan Stok (Januari 2011)

Salam,

Di bawah ini adalah jadual pengambilan stok pada bulan Januari 2011. Sebagai contohnya, jika anda call @ sms saya untuk order pada 01/01/2011. Saya hanya boleh ambil stok anda bermula 17/01/2011.


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Untuk makluman, penghantaran percuma boleh di aturkan (pembelian sekurang-kurangnya 1 dinar Public Dinar @ 20gram Public Gold) ke

1. Putrajaya
2. Cyberjaya
3. Bangi
4. Kajang
5. Mines Shopping Centre
6. Serdang
7. Seri Kembangan
8. Jalan Duta
9. Bukit Tunku

penghantaran percuma juga boleh di aturkan (pembelian sekurang-kurangnya 3 dinar Public Gold @ 20gram Public Gold & semasa hujung minggu sahaja) ke

1. Karak
2. Bentong
3. Mentakab
4. Temerloh
5. Maran
6. Triang
7. Bera
8. Bandar Pusat Jengka
9. Puchong
10. Ampang
11. Gombak



Wednesday, January 5, 2011

Taxation Seminar for Employers

Taxation Seminar


Who Should Attend :

Employers, Business Owners, Human Resource practitioners, Administrators, Finance personnel and those involved in payroll administration, Tax Agents, Auditors and any other person who wish to be updated with the latest tax developments.

Objectives :

To highlight the implications on tax obligations of employers in the Budget 2010 and Budget 2011;

To share real tax cases on employment income experienced by employers;

To educate employers on how to treat tax of various types of employment income under the Monthly Tax Deduction (MTD);

To highlight the employers’ responsibilities on Withholding Tax;

To guide employers on the planning and strategise taxation effectively;

To provide a platform for close cooperation and network between participants and Inland Revenue Board, Malaysia (LHDNM)

CPD Points

10 Continuing Professional Development (CPD) points will be awarded for participation in this seminar. For registration and more information, kindly visit
www.mef.org.my or call 03-7955 7778:- ext: 135/134/163/138 or email: shamerul@mef.org.my / pingsing@mef.org.my / norkhalidah@mef.org.my.

 beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Tuesday, January 4, 2011

Update....Bonus ASB 2010

Salam...

Mesti sekarang ni ramai pelabur ASB tersenyum melihat bonus tahun lepas. Ramai kawan saya yang mempunyai simpanan mencecah 6 angka dalam ASB & semalam semuanya meng'update' buku masing2.

Nak buat apa dengan bonus ASB? Enjoy? Beli sport rim kereta? Modified kereta? Terpulang pada diri masing2. Setelah bertungkus lumus memaksimakan simpanan dalam ASB apa salahnya sekali sekala memanjakan diri, ye tak?

Saya bercadang menggunakan duit bonus ASB untuk :
                 
   1. Melancong (Langkawi @ Cameron)

   2. Tambah pelaburan emas. (Baru sekejap tadi beli lagi 6 dinar Public Gold )

   3. Bayar hutang......

Apa rancangan anda?

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Monday, January 3, 2011

Apa Berlaku di LHDN Januari Ini

- Pengeluaran Borang Nyata C & R untuk Tahun Taksiran 2010 bagi akaun berakhir Oktober / November / Disember 2010.

- Pengeluaran Borang CP204 tahun Tahun Taksiran 2012 untuk pembayar cukai syarikat bagi akaun berakhir April 2012.

- 10 Januari 2011 - Tarikh akhir bayaran PCB bagi saraan bulan Disember 2010 oleh majikan; dan bayaran ansuran anggaran cukai pembayar cukai Syarikat, Koperasi, Badan Amanah, Amanah Unit / Harta Tanah & Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta.

- 30 Januari 2011 - Tarikh akhir bayaran keenam (CP500) Tahun Taksiran 2010.

- 31 Januari 2011 - Pengeluaran Am Borang E untuk saraan bagi Tahun 2010.


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Saturday, January 1, 2011

Syer Bank Persatuan


Salam...

Selain dari Amanah Saham Bumiputera (ASB) & syer Bank Rakyat yang menawarkan pulangan yang kompetitif & menarik, Bank Persatuan juga mampu memberikan pulangan yang setanding malahan lebih lagi dari ASB.

Di bawah ini saya sertakan maklumat-maklumat berkenaan proses- proses untuk membeli syer Bank Persatuan.


FAKTA MUTAKHIR
KEANGGOTAAN
Baki Berakhir Pada 30 Jun 2010
BILANGAN
BAKI SYER (RM)
INDIVIDU
49,658 Orang
299,260,629
KOPERASI
319 Buah
26,312,440.30
JUMLAH

325,573,070.06



Syer Keanggotaan Bank Persatuan

Keanggotaan Individu

Keanggotaan individu ( perseorangan ) Bank Persatuan adalah terbuka kepada bumiputera melayu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum di lepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Bayaran minimum syer menjadi anggota individu ialah sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) atau 50 unit (RM 10.00 seunit)

Had maksimum pelaburan bagi anggota individu adalah sebanyak RM 2,000.00 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru' dengan sumbangan RM 25.00 setahun disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)


Had Maksimum Tambahan Pelaburan Syer Keanggotaan

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-

1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada

Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-
i.  Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00
Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.
2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 01/01/11 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-
i.  Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00
Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan
*untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Persatuan.

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Hari Pertama di Tahun Baru

New_year : Beautiful firework in Thailand

Salam...

Selamat tahun baru semua. Buat apa hari ni? Saya sekeluarga tidak merancang ke mana-mana hari ni. Hanya duduk di rumah menghabiskan masa.

Sedikit berita gembira di hari pertama tahun baru. Pagi tadi ada customer call, student UPM. Order 1 dinar emas (RM669 @10.00am 01/01/11). Muda-muda lagi dah sedar tentang kepentingan melabur ni. Waktu saya belajar dulu, ayat 'pelaburan' adalah ayat yang tak pernah saya take it serious. Kejap lagi nak deliver emas tu kat Alamanda.

Asalnya saya cuma nak beli & simpan emas je. Tak terlintas pun nak terlibat secara langsung dalam jual beli emas ni. Tapi lepas post dlm FB, ramai pulak yang berminat & call nak membeli. Orang cakap rezeki jgn ditolak. Ye tak? heheheheheh

Bercakap pasal rezeki ni, saya nak ucapkan tahniah kepada kawan saya di KKLW Putrajaya yang isternya telah selamat melahirkan anak lelaki pada hari ni. Baby tahun baru.....Tahniah Hadi

"we will open the book. Its pages are blank. We are going to put words  onto them ourselves. The book is called OPPORTUNITY and its first chapter is New Year's Day" --- Edith Lovejoy Pierce

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Friday, December 31, 2010

Customer Order RM2 juta...

Salam...

Melayari laman pokli, terbaca berita yang salah seorang pengedar di bawah rangkaian Pokli.com telah berjaya menjual emas Public Gold berjumlah RM2 juta dalam 1 order. Bertuah badan Dr. Luv kita ni.

Saya lambat lagi la kot ada customer nak order juta-juta ni.

Tapi at least minggu pertama jadi dealer ni dah ada member order 1 dinar 2 keping (RM661.00 sekeping, harga 29/12/2010).

Sesiapa yang tak mengenali Dr. Luv, ni gambar dia. Macam familiar kan?

Dr. Luv

Peminat setia Akademi Fantasia sure kenal Dr. Luv ni.hehehehehe

pokli with Dr.Luv

*semua gambar dari pokli.com

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Monday, December 27, 2010

Pertama Kali Memegang Emas…

Salam,
Saya mula mengenali pelaburan emas seawal Jun 2010. Tetapi pada masa itu saya kurang yakin dengan pelaburan ini kerana daripada pembacaan saya kebanyakan syarikat @ bank yang membuat pelaburan emas ini tidak memberikan emas fizikal setelah kita melabur @ membeli emas. Mereka hanya memberikan penyata yang menyatakan kita telah membeli emas sekian sekian banyak dari mereka….sehinggalah saya terjumpa blog pokli.com.
Melalui blog pokli, saya banyak mendapat maklumat tentang emas, faedah serta keuntungan menyimpan emas samada sebagai pelaburan atau simpanan. Saya juga mendapat tahu bahawa syarikat Public  Fine Gold International menawarkan harga antara yang paling kompetitif di pasaran selain mendapat emas fizikal instead of penyata semata-mata. Selain dari itu, saya pernah mengikuti kursus berkaitan emas yang dianjurkan oleh admin putremas.
Hampir sebulan lebih blog-hopping ke laman2 web berkaitan emas, sehinggalah 12/7/2010 saya memulakan langkah membeli 1 dinar emas berharga RM582 & 20 gram jongkong emas berharga RM2816 (itu pun setelah mendapat tahu kawan saya, admin magnet emas telah pun menceburkan diri dalam dunia emas)
Setelah berbincang dengan isteri, saya telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai dealer emas & perak dari Public Fine Gold. So kepada pembaca blog, jika anda ingin membeli emas @ perak dari saya, sila sms @ telefon 012-3206073.
Oh ya, dan hari ini (28/12/2010) emas yang saya beli telah meningkat dari RM582 kepada RM652 (1 dinar) & dari RM2816 kepada RM3157 (jongkong emas 20 gram).
Nak jual? Rasa sayang pulak.hehehehehehehehe


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Akhirnya aku pengedar Emas



Salam,

Untuk makluman, mulai ahad 26/12/2010 secara rasminya saya menjadi pengedar emas & perak Public Fine Gold International Sdn. Bhd

CARA MEMILIKI EMAS & PERAK PUBLIC FINE GOLD DARI SAYA

1) Pilih produk:

a.Jongkong Emas: 20gram , 50gram , 100gram & 250gram

b.Dinar Emas: 1 dinar , 5 dinar & 10 dinar

c.Jongkong Perak: 250gram, 500gram & 1kg

2) Semak harga "We Sell" (dikemaskini setiap 20 minit)
    -------www.publicgold.com.my ( Jongkong Emas & Perak )
    -------www.publicdinar.com ( Dinar )
    -------SMS ke 32828, taip "public gold" atau "public dinar"

3) Telefon @ sms 012-3206073 untuk lock harga.
     - contoh "Saya nak lock 1 dinar pada RM652 ( 26/12/2010 ) jam 10.00pagi"
     - saya akan jual 1 dinar RM652 kepada anda walaupun harga telah naik selepas jam 10.00
       (dengan syarat membuat pembayaran dalam masa 1 jam selepas lock harga)

4) Masukkan wang anda ke dalam akaun saya secara online/kaunter/mesin deposit tunai. Sila simpan resit sebagai bukti. Deposit 50% dikenakan untuk pembelian melebihi RM10,000.00. [Caj 5% untuk pembatalan pembelian]

5) Tetapkan tempat dan waktu untuk bertemu dan kami akan menghantar pesanan anda.
    (buat masa ini penghantaran adalah sekitar Jalan Duta, Hartamas, Putrajaya, Cyberjaya & Mines)

6) Untuk menjual semula, ikuti langkah di atas dan semak harga "We Buy".


beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Thursday, December 23, 2010

ASB 7.5sen seunit..

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010...


sumber: Kosmo

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Saturday, December 11, 2010

Modal RM500, untung RM140,000

Salam.....

Mesti semua ingat ini entry pasal MLM.hahahahahahahahaha

Sebenarnya saya nak cerita, kawan saya baru saja menjual rumah yang di belinya pada tahun lepas. Area dekat Setia Alam. Kalau siapa-siapa tahu, kawasan tu dimajukan oleh SP Setia. Salah satu pemaju yang mempunyai good track record & pernah memenangi berbagai-bagai anugerah berkaitan pembinaan ni. Even di Putrajaya pun ada projek mereka, terutamanya di Presint 15. Rumah kawan saya ini 2 tingkat & freehold pulak tu. Bila dia mention last month dia nak jual rumah tu, saja-saja la saya tanya berapa dia beli rumah tu? Dalam RM250,000.00 jugak dia bagitau.

Click To Enlarge
map to Setia Alam from.....anywhere

Tapi saya tak lah interested sangat sebab saya tak familiar kawasan tu, lagipun isteri saya bekerja di Putrajaya & saya di K.L. Kami suami isteri sudah menetapkan antara ciri terpenting rumah kami, mestilah dekat dengan tempat kerja salah seorang dari kami. Lokasi yang terbaik Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi.

Cerita kawan saya membeli rumah ni lebih kurang sama dengan cerita saya membeli rumah saya sekarang ini. Pergi showhouse, dengar2 sikit penerangan terus bayar deposit. Yang bestnya, tidak seperti saya, kawan saya hanya mengeluarkan deposit (@ booking?) sebanyak rm500 sahaja dan selebihnya memohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan.

rumah kawan saya (anak panah, berhadapan sekolah)

Sungguh tak sangka, tak sampai 1 tahun harga rumah beliau telah naik sampai RM390,000. Jadi orang kaya baru lah kawan saya itu.

Tapi isi yang paling penting saya nak mention dalam post ini ialah..............minggu depan dia nak support saya lunch.....alhamdulillah.hehehehehehehe

ps: tambah 1 lagi azam tahun 2011. Hartanah

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Saturday, December 4, 2010

Iphone 4


*ini adalah gambar alas tilam & sarung bantal rumah saya

Salam...

Saya bukanlah pakar dalam handphone, apatah lagi berkaitan dengan perkara-perkara teknikalnya. Saya cuma ingin memberikan pendapat berkenaan 'harta' terbaru saya yang di hadiahkan oleh isteri tersayang.

Sebenarnya dah banyak blog bagi ulasan pasal iphone 4. Ada yang menghentam & ada juga yang memuji. Pada saya, semahal mana atau sebesar mana pun handphone tidak menjadi masalah kepada saya. Apa yang penting, software serta fungsi handphone tersebut dapat membantu dalam menjalankan urusan. Okey, kita lihat komen, spesifikasi & gamabr-gambar di bawah. Layannnnnnnnnnn...


Fizikal

Height: 4.5 inches (115.2 mm)

Width: 2.31 inches (58.6 mm)

Depth: 0.37 inch (9.3 mm)

Weight: 4.8 ounces (137 grams)



*www.apple.com/iphone









Dari 1 segi, memang ringan kalau nak di bandingkan dengan handphone lama saya.

*www.apple.com/iphone







Selama 2 minggu juga saya 'godek-godek' nak cari button silent ni. Last-last jumpa jugak. Itulah, beli barang tak baca details dalam buku panduan. main tibai je guna. Nasib tak pegi kedai handphone tanya.Haahaahahhahahaa

Performance

Performance iPhone4 ni memang ok. Kalau kita 'tap' apa-apa application memang terus run. Masalah yang paling besar dari segi ini pada saya adalah semasa menaip mesej. Ye la, selama ni dah biasa dengan 'button' besar gedabak tiba-tiba tukar pulak kepada touch screen. Jari saya yang comel ni kadang-kadang tertaip huruf lain dari yang saya nak taip.Apa pun terima kasih kepada processor A4 dengan clock speed 1GHZ serta 512MB RAM.

Lagi 1 body iPhone4 akan terasa panas kalau pegang bawah cahaya matahari dan akan rasa sejuk kalau dok dalam bilik berhawa dingin. Tak caya, cuba pegang kat padang pasir. hahahahahahha




Display

Retina display

3.5-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display

960-by-640-pixel resolution at 326 ppi

800:1 contrast ratio (typical)

500 cd/m2 max brightness (typical)

Fingerprint-resistant oleophobic coating on front and back

Support for display of multiple languages and characters simultaneously Retina display

*www.apple.com/iphone


Camera, photos, and video 

Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio

5-megapixel still camera

VGA-quality photos and video at up to 30 frames per second with the front camera

Tap to focus video or still images

LED flash

Photo and video geotagging
Lastly no night mode on iPhone 4. what????

Tapi secara keseluruhan bab kamera, photos, dan video ni memang puashati.
*contoh gambar yang diambil pada 02/12/2010.Mangsa bunuh di JalanDuta



Bluetooth

Bluetooth hanya boleh digunakan oleh sesama pemilik iPhone 4 sahaja. Serupa juga kalau nak buat video call.Damn...

Hardisk

16GB or 32GB flash drive

Bateri

Masa mula-mula dapat iPhone4 ni tension gak sebab bateri dia tak tahan lama. Tak sampai sehari dah kena charge balik. Bila pegi Maxis Centre (Sunway) baru saya tau sebab apa. Sebab saya on 3G 24 jam..haha.. memang tak tahan lah kan bateri tu. Pastu boleh pulak tanya awek kat sana macammana nak 'off' kan 3G. Very kekampungan.hahahahahahahaha.

Pastu baru saya tau, even kalau kita tak 'on' 3G pun kita still boleh surf internet or keje-keje lain. Tapi slow sikit le. Apa2 hal still bagus kalau nak dicompare dengan sesetengah handphone.

Applications and Games

Memang best. Itu aje komen pasal applications & games dalam iPhone 4 ni.

KESIMPULAN

Memang best guna iPhone4 ni, lebih-lebih lagi dapat free.huahuahua



Untuk info lain boleh pegi ke http://www.apple.com/iphone/features/

p.s: sekarang ni tgh mencari-cari, camnela nak dengar radio through iPhone4 ni. Boleh ke tak boleh?
 
update.....dah jumpa dah tapi tak boleh nak dengar hot.fm (corrupt application) 

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...