beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Tuesday, April 12, 2011
Sunday, April 10, 2011
Amaran- Public Gold

beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Tuesday, April 5, 2011
Pembukaan Cawangan Baru
Dengan pembukaan 3 lagi cawangan baru, anda boleh mengambil stok di mana-mana cawangan pilihan. Kepada yang berminat menjadi ejen, boleh call saya 012-3206073.
Lain - lain cawangan ialah
- Ibupejabat (Bukit Jambul, Penang, 04-6449999)
- Penang (Lebuh Bishop, Penang, 04-2619999)
- Selangor (Bandar Sunway, 03-56348999)
- Ipoh (Jalan Yang Kalsom, 05-2428999)
- Kota Bharu (Jalan Kebun Sultan, 09-7462999)
- Sg. Petani (Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 04-4232999)
- Johor Bahru (Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 07-2358999)
Monday, April 4, 2011
Taman Amanputra, Puchong
Assalamualaikum...
Actually dah lama nak cerita pasal rumah aku (yang pertama). Bulan puasa 2009 tiba2 datang idea nak duduk rumah sendiri. Sekarang ni kami tinggal di apartment di Putrajaya. Banyak masalah sebenarnya tinggal di apartment. Dengan suasana tak selesa, terpaksa berebut petak parking, kereta yang diparking sesuka hati dll.
So setelah berbincang lebih kurang, kami sepakat untuk cari rumah sendiri (of coursela yg landed). Kami pergi Kajang, Bangi, Dengkil tapi tak jumpa area yang betul2 berkenan. Kalau ada pun yang kat Bangi (hadapan Tasik Cempaka) yang harganya mau sampai 1 juta tu.
Last resort, kitaorang jalan2 area puchong. Area Puchong ni tak termasukla dalam list kami sebenarnya. Segenap ceruk Puchong la kami survey. Last2 sampai kat area Pulau Meranti & kawasan sekitarnya, pun tak jumpa. Then bila kami decided nak patah balik cari semula kat area Bangi , ternampak 1 iklan yang amatlah kecik. Rasa2 iklan tu sebesar penunjuk arah rumah orang kawin je. Besar kertas A4 kot.
Alang-alang dah dekat, kami teruskan juga la ke showhouse tu...Kat bawah ni showhouse tu.
Untuk makluman, projek Taman Amanputra ini adalah kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor & pemaju Semai Ria Sdn Bhd.
Untuk makluman, projek Taman Amanputra ini adalah kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor & pemaju Semai Ria Sdn Bhd.


parking
ruang dapur
family area (tingkat 1)
Boleh kata cinta pandang pertama la kat rumah ni. Hampir menepati 100% rumah impian kami. Cuma takde kolam renang je. heheehehehe.
So, tanpa bertangguh-tangguh terus bayar duit booking & the next 1 @ 2 days terus bayar deposit.
Antara sebab2 kami membeli rumah area ni..
tol exit putrajaya (to KLIA, North & South). Nak balik kampung kat Pahang jauh sikitla.
kiri, to Cyberjaya & Taman Sains Selangor 2. Kanan Taman Amanputra
Kalau sesiapa pernah datang Putrajaya ikut Highway MEX (Maju Expressway), Highway KL-Putrajaya, bila sampai hujung sekali lepas tol Putrajaya, ambik simpang ke kanan. Dalam 1 kilometer tu dah sampai Amanputra ni.
Setelah hampir 2 tahun menunggu, ini lah hasilnya rumah baru kami..
rumah nombor 1*
parking muat 2 kereta
ruang tamu
stor & tangga ke tingkat 1
dapur
tanah belakang
taman permainan
tadika sebelah taman permainan
sesi kenal mesra dengan brader indon
Last week jalan2 area sini lagi, terserempak dengan brader indon ni. Orang Surabaya. Anak isteri tinggal di Surabaya.Datang sorang2 kat sini. Kalau aku, boleh ke tinggal anak bini datang negara orang cari rezeki?
Banyak jugak info aku dapat dari brader ni. Pemaju nak buat flat, semi-D kat ruang tanah yang kosong kat area ni jugak. Surau & tadika pun nak bina tak jauh dari rumah aku ni. Boleh la tiap2 hari pergi surau. huhuhuhuhu.
Pastu ada 1 hypermarket dengar-dengarnye nak buat kat sini. Yang ni kalau jadi, Alhamdulillah. Tak la jauh sangat nanti nak cari barang2 rumah. Kalau tidak, kena pergi Putrajaya la kalau nak cari barang rumah.
rumah nombor 1*, Jalan Amanputra 3/1, Puchong
gambar tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis saya @ Cyberjaya....hopefully
(lebih kurang 5 minit dari rumah)
gambar ni pun tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis wife saya @ Putrajaya....hopefully
(lebih kurang 15 minit dari rumah)
Wednesday, March 30, 2011
Gadjet Baru di pelaburansaya.blogspot.com
Assalamualaikum...
Saya telah memasukkan harga emas dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) untuk anda membuat perbandingan dengan harga emas dari Public Gold.
Bagi dinar (emas 916) , 1 dinar seberat 4.25gram, 5 dinar ( 21.25gram ) & 10 dinar ( 42.5gram ). Untuk mendapat harga bagi 1 gram dinar, bahagikan harga WE SELL dengan berat dinar.
Sebagai contohnya harga WE SELL 1 dinar ialah RM655 di bahagi dengan 4.25 gram (berat 1 dinar). Anda akan mendapat harga RM154.11/gm. Bandingkan dengan harga dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) iaitu rm157/gm.
Bagi wafer @ jongkong (emas 999) , bahagikan harga WE SELL dengan berat wafer @ jongkong .
Sebagai contohnya harga WE SELL 20 gram wafer ialah RM3,170 di bahagi dengan 20 gram wafer. Anda akan mendapat harga RM158.50/gm. Bandingkan dengan harga dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) iaitu rm166/gm.
Semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak.
beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Friday, March 18, 2011
30 Fakta Menarik Tentang Emas
- Emas adalah salah 1 unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) yang bermaksud ‘shining dawn’ di dalam bahasa Latin.
- Nombor atom untuk emas adalah 79.
- Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial.
- Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
- Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air.
- Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kg) emas telah digali dari muka bumi.
- Didalam industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
- Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
- Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
- Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
- Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
- Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
- Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
- 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
- Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman, suhu lebur & perubahan warna sesuatu kualiti emas.
- Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.
- Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
- Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-hasilnya adalah logam emas padu.
- Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
- Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
- Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
- Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
- Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
- Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
- Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
- Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
- Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (k).
- Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).
- Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
- Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Kanada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
"The Hand of Faith" dijumpai oleh Kevin Hillier menggunakan metal detector di Kingower, Victoria, Australia pada 26 September 1980 seberat 27.21 kg
Jongkong emas terbesar di dunia (250kg) di Muzium Toi, Jepun
Canadian Gold Maple Leaf
Gold Nugget Terbesar di jumpai di California (4.85kg)
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Wednesday, March 16, 2011
Kenapa Emas Public Gold
1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang)
2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas
3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%).
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
7. Mempunyai cawangan di Penang, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Johor. Akan di buka di Pahang.
8. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online.
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Tuesday, March 15, 2011
Jongkong Emas ( 250g ) is now available for booking.
Metal : Au
Weight: 250 gram
Size (WxL, mm) : 50 x 80
Thickness : 6 mm
Purity : 999.9
Weight: 250 gram
Size (WxL, mm) : 50 x 80
Thickness : 6 mm
Purity : 999.9
harga : RM39,000 ++
Berminat?
hubungi 012-320 6073 (helmi)
Wednesday, March 2, 2011
Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas
Assalamualaikum...
Ramai kawan saya bertanya;
"Mengapa kita perlu menyimpan emas?"
Jawapan saya ialah KEUNTUNGAN!
Jom saya terangkan apa maksud KEUNTUNGAN melabur dalam emas.
Lihat prestasi harga emas dibawah ini;
Januari 2000 – Januari 2011
Januari 2010 – Disember 2010
Ok, anda sudah tengok graf di atas kan? Graf ini saya ambil dari kitco.com. Oh ye helmi, sape kitco tu? Tengok kat sini le ye? Saya tak pandai nak translate. Hehehehe...
Kalau kita tengok dari graf, walaupun ada penurunan, tetapi dalam jangka panjang harga emas akan naik. (bukan ke tujuan kita melabur untuk jangka masa panjang?)
Ok, disini saya tampalkan 5 sebab kenapa kita perlu menyimpan emas yang saya dapat dari sifu-sifu emas;
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Emas, sejak dulu lagi telah menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat.
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 11% setahun.
1 gram emas tahun 2000 = RM25.50
1 gram emas tahun 2011 = RM157.05 (22 Feb 2011)
3. Nilai wang sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 50 sen dan RM 1 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..
4. Wang Tanpa Sempadan
Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
.
.
.
.
Yang peliknya, bila kita dah terangkan kelebihan2 melabur dalam emas, mereka masih mengambil sikap tunggu & lihat. Sampai ke sudahlah anda tertunggu-tunggu & terlihat-lihat. hehehehehehehe
rujukan : Pokli, Magnet Emas, Putremas, Pelabur Jutawan, Jutawan Emas
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Tuesday, March 1, 2011
Stok Tersedia...
Assalamualaikum,
Saya mempunyai stok seperti di bawah. Anda yang berminat untuk membeli sila sms 012-3206073 (helmi). Harga jual ialah RM650 RM655/seunit (tawaran sehingga 04/03/2010 jam 5.00 petang)
Harga jual sekarang ialah RM662 (02/03/2011, 8.50 a.m) boleh dilihat di sebelah kiri laman web ini.
Nak beli 1 dinar sahaja pun boleh.
Penghantaran percuma ke Putrajaya, Cyberjaya, Mines Shopping Fair, Sri Kembangan, Serdang, Jalan Duta.
Dapatkannya sebelum harga emas kembali naik!!!.
1 dinar x 5 keping
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Monday, February 28, 2011
Seminar oleh Pokli & Faizan
Assalamualaikum...
Cuma nak war-warkan seminar berkenaan pelaburan & emas. Rugi kalau tak join. Apalah sangat dengan RM158.00 tu ye tak?
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Tuesday, February 22, 2011
Pendapatan pasif saya
Assalamualaikum...
Pagi ni rasa teruja nak bercerita tentang pendapatan pasif saya. Sebab apa? heheheheheh. Ceritanya begini, pagi semalam saya berkira-kira hendak mengeluarkan duit dari ATM. Seingat saya balance ada dalam RM60 lagi. Keluar RM50 cukupla belanja sampai gaji hujung bulan ni.
Bila check baki akaun, walaweh!!!!! hahahahahaha. Secara automatik saya menjadi orang yang paling gembira melihat baki dalam bank pada hujung bulan.
Rupa2nya duit komisen dari Public Gold sudah masuk. Tak ingat la pulak komisen kebiasaannya di bayar setiap 20hb. Tak sia-sia juga saya register jadi dealer Public Gold. Emas dapat, komisen pun dapat.
Berminat nak jadi dealer seperti saya?
BlackBerry Dealer Recruitment Promotion!!!
Terms & Condition
New Dealers (Dealer, Priority Dealer, and Master Dealer) who join from February 2011 until August 2011 will be entitle for ONE lucky draw to walk away with ONE unit of BlackBerry Smartphone.
Winners’ introducer will be awarded with ONE piece of 1 Dinar.
The draw will be based on the new account code and the joining month.
Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.
For more information or enquiries, please call Public Gold Customer Service line at 604-6449999 (Mondays to Fridays, 9am - 6pm, excluded public holidays).
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Friday, February 18, 2011
Low Cost Apartment - Seroja Apartment
Assalamualaikum…
Last week pergi Setia Alam. Saje nak usha rumah kat situ. Lagipun member ada bagitau apartment kos rendah nak dijual. Harga dalam Rm42,000 aje. Mana nak dapat harga ni kat kl? So bila dah sampai kat galeri SP Setia (pemaju), baru la tau among other requirement, total household income tak boleh exceed RM2,500 sebulan.
Melepas la lagi……
Pandangan saya, kalau dapat apartment ni memang dapat generate +ve income. Loan RM42,000. Bulan2 bayar dalam rm300-RM400. Sewa kat sana boleh capai dalam RM600 sebulan. Lebih kurang 100 ke 200 meter ada Tesco, Giant, Petronas. Private institution pun nak bina kat area tu. So kalau sesiapa nak mencuba nasib, boleh pergi ambik borang untuk apply beli apartment kat Setia Alam. Lupa pulak, rumah ni freehold ye?
Monday, February 7, 2011
Blog tomeykids.com
Dimaklumkan bahawa laman web www.tomeykids.com (blog menjual baju kanak2) tidak dapat di layari buat sementara waktu kerana proses2 upgrading.
Tuesday, February 1, 2011
Apa Berlaku di LHDN Februari Ini
- Pengeluaran Am Notis Bayaran Ansuran (CP500) bagi Tahun Taksiran 2011.
- Pengeluaran Borang CP204 tahun Tahun Taksiran 2012 untuk pembayar cukai syarikat bagi akaun berakhir Mei 2012.
- 10 Februari 2011 - Tarikh akhir bayaran PCB bagi saraan bulan Januari 2010 oleh majikan; dan bayaran ansuran anggaran cukai pembayar cukai Syarikat, Koperasi, Badan Amanah, Amanah Unit / Harta Tanah & Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta.
- 28 Februari 2011 – Pengeluaran Am Borang Nyata Tahun Taksiran 2010 kepada pembayar cukai Individu, Perkongsian, Keluarga Sekutu Hindu, Pertubuhan & Harta Pusaka.
- 28 Februari 2011 – Tarikh akhir majikan menyerahkan Borang CP 8A/8C (EA/EC) uang telah diisi dengan lengkap kepada pekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)











