Monday, August 8, 2011

Triple Gift Set

Salam......

Another products from http://www.tomeybakes.blogspot.com/



Menambahkan koleksi bersempena Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang, pada yang mencari & berminat untuk mendapatkan Gift untuk Corporate, Family & Friends, saya juga menyediakan pelbagai jenis Custom Gift Set Cookies mengikut budget anda!
Terbaru, Koleksi Triple Gift Set Ole-Ole Raya. Set ni termasuk:-
  • 13-14pcs Kurma Coklat Berbadam
  • 16pcs Crispy Coconut
  • 14-15pcs Double Choc Chip
  • Ribbon pilihan anda
  • Gold Box
Harga: RM30 sahaja
FREE DELIVERY untuk pembelian melebihi 15 set dalam kawasan lembah klang & kawasan2 berdekatan sahaja.



Koleksi Hadiah Hari Raya 2011

Salam...


10pcs Gift Set Kurma Choc Badam
- 10pcs Kurma Choc Badam
- Transparent container
Harga: RM9/pack


10pcs with Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 10pcs Kurma Choc Badam
- Pilihan warna ribbon
- Transparent container
Harga: RM10/pack


18pcs Gift Set - Kurma Choc Badam
- 18pcs Kurma Choc Badam
- Transparent container
Harga: RM15/pack


18pcs with Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 18pcs Kurma Choc Badam
- Pilihan warna ribbon
- Transparent container
Harga: RM18/pack

Jar Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 25pcs kurma coklat badam
- pilihan warna ribbon
Harga: RM22/pack


FREE DELIVERY untuk pembelian melebihi RM500 dalam kawasan lembah klang & kawasan2 berdekatan sahaja.
TEMPAHAN
Emailkan tempahan anda ke tomeybakes@gmail.com dengan info berikut
Nama:
Contact No:
Pickup Date:
Delivery Address:
Kuantiti:

Ole-ole Ramadhan & Syawal 2011

Assalamualaikum....

My wife ada ambil order utk tempahan kuih raya. So, di bawah ni adalah jenis2 kuih raya yang boleh ditempah.

Bersempena dengan bulan Ramadhan & Syawal, tomeyBakes memperkenalkan beberapa ole-ole yang sesuai dijadikan juadah bersahur, berbuka juga untuk Hari Lebaran keluaran de`HearT Idealisme yang telah berada dipasaran & telah dipercayai sejak tahun 2007 lagi!

Jom pakat-pakat beli. Gerenti sedap =)


Kurma Coklat Berbadam
Kuantiti: 45pcs
Harga: RM30
*Kurma mariami disalut dengan dark choc dan berintikan sebiji badam panggang yang garing! TOP SELLING sejak 2007! Juadah wajib untuk bersahur, berbuka dan juga hidangan Syawal!


Kurma Coklat Berbadam - Gift Pack / Trial pack
Kuantiti: 22pcs
Harga: RM18
*Sesuai dijadikan sebagai corporate gift, hadiah dan juga sebagai trial pack!
Double Choc Chip
Kuantiti: 50pcs++
Harga: RM26
* Penuh dengan keranggupan cookies yg sarat dengab choc chip dan almond nibs. Cookies wajib untuk hidangan hari lebaran! Komen dari customer "sampai serbuk dia saya pulun!"
*Top selling sejak 2007


Crunchy Cornflakes
Kuantiti: 60pcs
Harga: RM26
*Cornflakes yang bermutu & crunchy dibakar bersama madu keemasan dan buble rice serta taburan rainbow rice

Almond Slice White Choc
Kuantiti: 40pcs
Harga: RM28
*Almond slice yang garing enak bersama white chocolate dan berperisa orange yang unik dan fresh


Semperit Tradisi
Kuantiti: 48pcs++
Harga: RM20
*Rasa tradisi yang enak berlemak keluaran terbaru kami yang bakal menjadi hit!

Crispy Coconut
Kuantiti: 50pcs
Harga: RM20
*Rasa lemak manis dan keharuman kelapa memikat selera. Baby pun boleh makan.

Popia Sira Manis / Masin
Kuantiti: 600gram++
Harga: RM20
Terdapat dua pilihan rasa: masin & manis
*Popia bersira yang ranggup dan garing. Boleh pilih popia sira manis atau popia sira masin. Seronok mengunyah!

Contoh bekas yang digunakan untuk Kurma Coklat berbadam, Double Choc Chip, Semperit Tradisi, Crispy Coconut dan Almond Slice White Choc. Kedap udara, bertangkai, cantik dan bole diguna semula! Letak ribbon, boleh dijadikan sebagai hadiah/gift.

Contoh bekas yang digunakan untuk crunchy cornflakes, popia sira manis dan masin. Boleh digunasemula dan tahan dalam microwave.


TARIKH AKHIR TEMPAHAN
Pada 19 Ogos 2011 (Jumaat)

PICKUP POINT / DELIVERY
Semua tempahan boleh diambil di Presint 14, Putrajaya/ MIECC The Mines, Jalan Duta. Penghantaran juga boleh dibuat di sekitar Mentakab & Temerloh, Pahang bermula 27 Ogos 2011 (masa ni kami dah balik kampung..hihi). FREE Delivery untuk sekitar lembah klang dengan minimum pembelian RM150 (ajak pakat kawan2 saudara mara order skali harung!).

CARA TEMPAHAN
Emailkan tempahan anda ke tomeybakes@gmail.com dengan info berikut
Nama:
Contact No:
Pickup Date:
Delivery Address: (pembelian melebihi rm150)
Jenis & Kuantiti:

Saturday, August 6, 2011

Perbandingan....

Assalamualaikum....

Just untuk perbandingan

Ini adalah harga untuk bulan Ogos 2010


Cuba lihat harga pada hari ini....





Thursday, August 4, 2011

Pandangan Dr. M berkaitan Dinar Emas

Assalamualaikum....

Artikel ni maybe dah basi kot. Saya ambil dari blog Dr.M berkaitan pandangan beliau tentang Dinar Emas.


1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Saturday, July 30, 2011

1 Dinar Emas Ready Stok

Assalamualaikum...

Saya mempunyai 1 dinar Public Gold (5 keping) untuk di let go. Berminat sms@call 012-32060373. Disertakan sekali dengan sijil & di dalam bekas (belum dibuka) seperti contoh gambar di bawah.

Harga mengikut PG SELL (seperti di sebelah kiri laman web)

Boleh COD di Putrajaya, Bangi, Serdang, Jalan Duta.

gambar dari emaspokli



Monday, July 25, 2011

Taman Amanputra - Puchong - Cyberjaya

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringin nak story pasal rumah aku ni. Actually semalam ada akak kat ofis ni call. Tanya pasal Amanputra. Banyak (tak la banyak sgt kot) aku story kat dia pasal taman ni walaupun aku tak duduk lagi.Hehehehehehe.

amanputra fasa 3
Dia macam berminat nak cari rumah area sini. Ye la, kalau taman sebelah tu (Nusaputra) harganya pun dah nak dekat 1/2 juta. Nasib le Amanputra ni consider rendah lagi. Maybe sebab title la kot. Amanputra ni tanah pajakan (99tahun).



bandingan harga Amanputra & Nusaputra (yang ni fasa lama)
padahal taman sebelah menyebelah aje.

Kalau nak ikutkan, termasuk akak ni, dah 3 orang tanya aku pasal rumah ni. Ada brother offer RM300,000.00 untuk rumah aku. Tapi terpaksalah tolak dengan baik. Lagipun rumah tu aku beli untuk duduk, bukan untuk investment. 1 lagi, rumah tu memang dekat sangat dengan bakal ofis aku di Cyberjaya & ofis wife aku di Putrajaya tu.


bakal ofis aku

Nak jalan2 Alamanda dekat, KLIA pun dalam 30 ke 45 minit, nak ke Seremban, Utara, Shah Alam pun dekat (ikut PLUS Hubungan Tengah)

google maps


Lagi 1 point aku tak nak jual rumah tu (buat masa ni), sebab ada perancangan nak bina shopping complex & macam2 lagi kat tanah kosong kat situ. Senang sikit nak shopping2 nanti. Ye tak?

Friday, July 22, 2011

Promosi 1 julai-31 ogos 2011



Assalamualaikum...
 
Untuk menggalakkan agar lebih ramai menceburkan diri dalam perniagaan emas & simpanan, Public Gold sedang membuat promosi kepada sesiapa yang berminat menjadi Dealer Public Gold. Hanya dengan belian sebanyak RM15,000 untuk menjadi Normal Dealer dan belian sebanyak RM80,000 untuk menjadi Priority Dealer. (sebelum ini belian untuk menjadi normal dealer ialah RM20,000)

Syarat-syaratnya ialah semua belian mestilah dalam bentuk barang kemas Public Jewellery dan mestilah termasuk jenis2 barang kemas seperti yang telah ditetapkan seperti di banner promosi diatas.

Untuk new dealer yang mendaftarkan diri melalui promosi ini, akan mendapat baucer tunai Public Jewellery bernilai RM1000.00 (untuk top 3 sales performer sahaja). Produk-produk Public Jewellery boleh dilayari  di http://www.publicjewellery.com.my/.

Kesemua produk barang kemas Public Jewellery ketulenannya dijamin 916 & tiada upah pembuatan.
Untuk mendaftar, sila hubungi saya.
 
PROMOSI TAMAT 31 OGOS 2011!!!

Monday, July 18, 2011

Syiling Peringatan Perkahwinan Putera William & Kate Middleton- untuk dijual

Assalamualaikum...

Saya mempunyai syiling peringatan seperti di bawah untuk di jual. Syiling ini dikeluarkan oleh syarikat Perth Mint iaitu antara syarikat yang terkenal mengeluarkan syiling emas & perak.

Syiling ini mengandungi 99.9% pure silver. Hanya 12,500 keping dikeluarkan di seluruh dunia & bagi setiap syiling disertakan Nombor Sijil Pengesahan Ketulenan. Mempunyai berat 31.135 gram, diameter maksimum 40.60mm dan ketebalan 4mm.

Harga ditawarkan ialah RM450.00 (tidak termasuk kos pos). COD boleh di buat di Jalan Duta / Putrajaya / Bangi / Serdang.

Sila hubungi 012-3206073 untuk keterangan lanjut.

Di bawah ini adalah gambar & penerangan syiling tersebut yang di ambil dari laman web Perth Mint.


bahagian depan

bahagian belakang

kotak bungkusan

kotak bahagian luar

Approved By Her Majesty Queen Elizabeth II

The Perth Mint is extremely pleased to announce that Her Majesty Queen Elizabeth II has approved our design for a commemorative Royal Wedding release symbolising Australia’s heartfelt congratulations and warmest wishes for the future happiness of H.R.H. Prince William and Catherine Middleton. Their marriage takes place in London’s historic Westminster Abbey on 29 April 2011.

Proof Quality 99.9% Pure Silver

The coin is struck by The Perth Mint from 1oz of 99.9% pure silver in proof quality.

Coloured Reverse

The reverse design bears an official image of the happy couple, the beaming smiles on their jubilant faces realistically portrayed in colour. The design also includes an intricately-detailed, sculpture of Westminster Abbey in the background.
As well as The Perth Mint’s ‘P’ mintmark, the reverse of the coin also features the inscriptions ‘Royal Wedding 29.04.2011’ and ‘H.R.H. Prince William of Wales & Miss Catherine Middleton’.

Australian Legal Tender

Issued as legal tender under the Australian Currency Act 1965, the coin depicts the Ian Rank-Broadley effigy of Her Majesty Queen Elizabeth II on the obverse, together with the 2011 year-date.

Limited Mintage

Set to be a timeless reminder of an historic Royal wedding, no more than 12,500 of these coins will be released by The Perth Mint.

Presentation Packaging

Each coin is housed in a grey-coloured presentation case. The classic case comes in a white box-shipper featuring varnished representations of stylised roses. Silver-foiled lettering completes the luxurious feel.

Numbered Certificate of Authenticity

Each coin is accompanied by a numbered Certificate of Authenticity.

Sunday, July 10, 2011

Syiling Peringatan Transformers- untuk dijual

Assalamualaikum...

Saya mempunyai syiling peringatan seperti di bawah untuk di jual. Syiling ini dikeluarkan oleh syarikat Perth Mint iaitu antara syarikat yang terkenal mengeluarkan syiling emas & perak.

Syiling ini mengandungi 99.9% pure silver. Hanya 5000 keping (setiap satu karakter) dikeluarkan di seluruh dunia & bagi setiap syiling disertakan Nombor Sijil Pengesahan Ketulenan. Mempunyai berat 31.135 gram, diameter maksimum 40.60mm dan ketebalan 4mm.

Harga ditawarkan ialah RM500.00 sekeping (tidak termasuk kos pos). Jika membeli ketiga-tiga syiling, harga terbaeeeekkkkkkk ialah RM1,350.00. COD boleh di buat di Jalan Duta / Putrajaya / Bangi / Serdang.

Sila hubungi 012-3206073 untuk keterangan lanjut.


'Bumblebee'

'Megatron'

'Optimus Prime'

'bahagian belakang'

'di dalam kotak yang menarik'



Wednesday, June 1, 2011

Bagaimana Nak Simpan Emas Dalam Rumah Nih...!

Assalamualaikum…

Saya selalu ditanya selamat atau tidak simpan emas dalam rumah. Tak takut emas tu hilang ke?

Emas seperti juga barang berharga lain seperti sijil lahir, barang kemas hendaklah di simpan di satu tempat yang selamat yang mana pencuri @ sesiapa pun (kecuali kita) x terfikir di situ letaknya barang berharga.

1. Selitkan syiling dalam album syiling (boleh di beli dari pasaraya)

2. Simpan di kabinet dapur.
3. Simpan dalam beg pakaian.
4. Simpan dalam buku yang telah ditebuk bahagian tengah (contohnya : Yellow Pages)
5. Simpan dalam stor.

6. Elakkan dari simpan emas tersebut bersama2 barang berharga lain.
7. Kalau ada peti besi, elakkan letakkan semua barang berharga di dalam peti besi tersebut. Tapi kalau nak letak emas celup dalam tu banyak2 x mengapa. Kalau hilang pun x la ralat sangat. Ye tak?
 
Bagi saya, tempat yang paling selamat untuk simpan stok emas ni adalah di Safe Deposit Box yang terdapat di bank2 berhampiran. Fikir2kan…
SEKIAN

Thursday, May 12, 2011

Serambi Emas, Benarkah Ianya Lebih Menguntungkan?

Artikel di salin (dengan izin) dari blog Pelaburjutawan


Saya terpanggil untuk menulis sedikit pandangan peribadi saya mengenai skim belian emas secara ansuran yang baru2 ini tiba2 saja menjadi popular kerana menggunakan artis2 terkenal sebagai ikon kepada syarikat yang dikenali sebagai Serambi Emas.

Apa yang saya faham, skim yang ditawarkan amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet, malah ada sumber yang mengatakan Serambi Emas juga merupakan serpihan dari syarikat Etika Emas, namun sejauh mana kebenarannya, Wallahua'lam.

Mereka menawarkan ketulan jongkong emas 999.9 dengan berat minimum 100g setiap satu, dan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan kepada nilai gadaian (Nilai Marhun) yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Agro Bank. Contoh:

Nilai Gadaian Agro Bank ketika ini RM 165.80 x 100g = RM 16,580.00

Untuk makluman, walaupun ketika harga emas rendah, sebagai contoh harga emas PG pada waktu itu hanya sekitar RM 15,800.00, namun harga yang mereka jual tetap RM 16,580 kerana nilai gadaian Agro Bank tidak turun walaupun harga semasa emas turun. Ini telah merugikan pembeli kerana membeli emas pada harga yang amat tinggi.

Pembeli hanya perlu membayar sebanyak 35% dari harga emas, iaitu kira2 RM 5803.00 kepada syarikat, dan wakil syarikat bersama2 pembeli akan ke Agro Bank berhampiran, dan emas 100g tersebut akan digadaikan diatas nama si pembeli.

Agro Bank akan membayar sebanyak 65% dari nilai gadaian Emas yang tadi iaitu sebanyak RM 10,777.00 dan wang tersebut akan diambil oleh wakil syarikat tadi, menjadikan wang yang diterima oleh syarikat sebanyak RM 16,580.00 iaitu harga emas yang tinggi tadi.

Manakala si pembeli pula kini menanggung beban hutang kepada Ar-Rahnu sebanyak RM 10,777.00 yang mana mengikut kata si penjual tadi kini pembeli hanya perlu membayar secara ansuran berserta upah simpan kepada Agro Bank sebanyak 0.75% sebulan sehinggalah hutang tersebut habis dibayar barulah emas tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pembeli sepenuhnya.

Pada pandangan saya ini lebih membebankan lagi kerana harga yang dibayar oleh si pembeli untuk memiliki emas tadi akan menjadi lebih tinggi berbanding nilai sebenar. Sudahlah harga jualannya tinggi, ditambah pula dengan upah yang perlu dibayar jika ianya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk melangsaikan bayaran kepada Agro Bank, bayangkan berapa lebihan harga yang telah dibayar!!

Saya melihat ini hanya sebagai skim yang menggunakan emas sebagai medium untuk mengaut keuntungan dengan mempercepatkan jualan sahaja, soal untung rugi pembeli adalah soal yang kedua. Saya juga mendapat maklumat yang syarikat tidak menawarkan jaminan belian semula, bermakna pembeli perlu menjualnya kepada individu atau kepada kedai emas yang biasanya akan membeli pada harga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa!

Saya lebih suka menasihatkan agar membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas berbanding membeli emas dengan hutang dari gadaian arrahnu. Sekali imbas seperti sama saja, tapi hakikatnya jauh berbeza kerana jika anda membuat pinjaman peribadi dan digunakan untuk membeli emas, saya akan memberi cara terbaik untuk anda melangsaikan hutang tersebut dengan cepat iaitu dengan cara membayarnya menggunakan emas.

Manakala jika anda berhutang kepada Ar-Rahnu untuk membeli emas, dan hutang tersebut dibayar dengan duit kertas, ianya akan mengakibatkan hutang itu akan menjadi lebih banyak disebabkan oleh kadar upah simpan dan tempoh untuk menyelesaikannya juga akan menjadi lebih panjang disebabkan susut nilai matawang / inflasi.

Tidak salah jika saya katakan, emas yang anda beli telah menjadi beban atau liabiliti kepada kewangan anda, bukan lagi aset pelaburan kerana ianya tidak memberi apa2 pulangan langsung, sebaliknya anda yang perlu membelanjakan wang untuknya, sekaligus membuatkan perbelanjaan anda meningkat.

sumber : www.pelaburjutawan.com

Wednesday, May 4, 2011

Produk Baru Emas 999 PG

Assalamualaikum...

Dimaklumkan Public Gold telah mengeluarkan produk baru iaitu wafer 10 gram. Harga yang ditawarkan buat masa ini adalah dalam lingkungan RM1700++.

Untuk membeli, boleh sms@telefon 012-3206073 atau mana-mana dealer di bawah rangkaian saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...