Monday, April 4, 2011

Taman Amanputra, Puchong

Assalamualaikum...

Actually dah lama nak cerita pasal rumah aku (yang pertama). Bulan puasa 2009 tiba2 datang idea nak duduk rumah sendiri. Sekarang ni kami tinggal di apartment di Putrajaya. Banyak masalah sebenarnya tinggal di apartment. Dengan suasana tak selesa, terpaksa berebut petak parking, kereta yang diparking sesuka hati dll.

So setelah berbincang lebih kurang, kami sepakat untuk cari rumah sendiri (of coursela yg landed). Kami pergi Kajang, Bangi, Dengkil tapi tak jumpa area yang betul2 berkenan. Kalau ada pun yang kat Bangi (hadapan Tasik Cempaka) yang harganya mau sampai 1 juta tu.

Last resort, kitaorang jalan2 area puchong. Area Puchong ni tak termasukla dalam list kami sebenarnya. Segenap ceruk Puchong la kami survey. Last2 sampai kat area Pulau Meranti & kawasan sekitarnya, pun tak jumpa. Then bila kami decided nak patah balik cari semula kat area Bangi , ternampak 1 iklan yang amatlah kecik. Rasa2 iklan tu sebesar penunjuk arah rumah orang kawin je. Besar kertas A4 kot.

Alang-alang dah dekat, kami teruskan juga la ke showhouse tu...Kat bawah ni showhouse tu.

Untuk makluman, projek Taman Amanputra ini adalah kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor & pemaju Semai Ria Sdn Bhd.

screenshot dari laman web Permodalan Selangor 

parking

ruang dapur

family area (tingkat 1)
Boleh kata cinta pandang pertama la kat rumah ni. Hampir menepati 100% rumah impian kami. Cuma takde kolam renang je. heheehehehe.

So, tanpa bertangguh-tangguh terus bayar duit booking & the next 1 @ 2 days terus bayar deposit.

Antara sebab2 kami membeli rumah area ni..

tol exit putrajaya (to KLIA, North & South). Nak balik kampung kat Pahang jauh sikitla.

kiri, to Cyberjaya & Taman Sains Selangor 2. Kanan Taman Amanputra

flyover menghubungkan Cyberjaya & Amanputra

amanputra @ uncle google
Kalau sesiapa pernah datang Putrajaya ikut Highway MEX (Maju Expressway), Highway KL-Putrajaya, bila sampai hujung sekali lepas tol Putrajaya, ambik simpang ke kanan. Dalam 1 kilometer tu dah sampai Amanputra ni.

Setelah hampir 2 tahun menunggu, ini lah hasilnya rumah baru kami..

rumah nombor 1*

parking muat 2 kereta

ruang tamu

stor & tangga ke tingkat 1

dapur

tanah belakang

taman permainan

tadika sebelah taman permainan

sesi kenal mesra dengan brader indon

Last week jalan2 area sini lagi, terserempak dengan brader indon ni. Orang Surabaya. Anak isteri tinggal di Surabaya.Datang sorang2 kat sini. Kalau aku, boleh ke tinggal anak bini datang negara orang cari rezeki?

Banyak jugak info aku dapat dari brader ni. Pemaju nak buat flat, semi-D kat ruang tanah yang kosong kat area ni jugak. Surau & tadika pun nak bina tak jauh dari rumah aku ni. Boleh la tiap2 hari pergi surau. huhuhuhuhu.

Pastu ada 1 hypermarket dengar-dengarnye nak buat kat sini. Yang ni kalau jadi, Alhamdulillah. Tak la jauh sangat nanti nak cari barang2 rumah. Kalau tidak, kena pergi Putrajaya la kalau nak cari barang rumah.

rumah nombor 1*, Jalan Amanputra 3/1, Puchong
gambar tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis saya @ Cyberjaya....hopefully
(lebih kurang 5 minit dari rumah)

gambar ni pun tiada kena mengena dengan entry. Bakal ofis wife saya @ Putrajaya....hopefully
(lebih kurang 15 minit dari rumah)



beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

15 comments:

  1. assalammualaikum bang, saya tinggal area putra perdana dekat dgn amnaputra ni...macam berminat juga nak beli rumah di amanputra ni...nak tanya sikit, abg tau tak harga2 rumah area amanputra ni? boleh kongsi dgn saya?

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...

    Untuk fasa yang lama (fasa 1 & 2), harganya tak sampai rm300,000.00. Boleh tengok dalam www.mudah.my @ www.iproperty.com.my. Untuk fasa 3 (rumah saya tu) pernah ditawarkan RM300,000.00.

    Ikut maklumat, akan ada lagi rumah2 nak dibina kawasan tu. Kena rajin2 jalan kat situ. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum en helmi...saya nak tanya pendapat abg sikit berkenaan rumah area sana..ada agent nk jual rumah rm335k..rumah tu owner nk jual cz transfer blk kg..so, if sy beli, consider 2nd hand then warranty mmg takkan ada la...apa pendapt abg?ikut value bank dlm rm300k - 310k..sy tak pernah beli rumah..takut pulak...hmmm

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam bro Anonymous...

    Saya jawab ikut pendapat saya (saya bukan pakar pun)

    1. Kena tengok, rumah tu fasa lama atau fasa yang terbaru (fasa saya beli). Kalau fasa lama, tengok dalam internet (mudah.my @ iproperty.com.my) , tuan boleh jumpa yang tak sampai RM300k pun. Kalau beli dari agent, mesti agent tu dah mark-up untuk komisen (sesetengah agent ada buat cam tu)

    2. Pada saya, rumah yang fasa lama tu kurang menarik perhatian saya dari segi design luaran (sy x pernah tgk design dalaman)

    3. Kalau rumah tu fasa baru (yang saya beli), RM335k pun consider tinggi. Saya rasa harga yang bank bagi tu lebih munasabah (saya pernah di offer RM300k untuk rumah saya).

    4. Kalau bro beli dengan loan bank, takut bank tak boleh bagi loan sampai harga RM335k. Bro kena cari duit sendiri pulak untuk cukupkan amaun tu.

    5. Better beli direct dengan tuan rumah. Kalau direct dengan tuan rumah, kos2 seperti upah agent kita dah boleh jimat.

    sekian....

    ReplyDelete
  5. thanks for the immediate feedback..
    fyi, rumah tu fasa yg terbaru (mcm dlm gambar di blog abg)..
    kalau blh mmg kami sgt2 nk deal dgn tn rumah tp agent tu tak bg no phone even dh mintak..agent tu ckp owner tu nk jual RM350k..xpasti la betul ke x tu...
    btw, thanks bang for ur feedback..really appreciate it!!

    ReplyDelete
  6. Try jalan2 kat area tu petang2 @ hujung minggu. Biasanya time tu ramai owner yang datang tgk rumah. Mana tau bernasib baik boleh jumpa owner yang nak jual.

    ReplyDelete
  7. thanks..
    kami dah dpt contact owner tu..mmg dia nk jual rm350k and min rm335k..dh tak dpt nego dah...hehehe..skang tgh pk dulu..
    btw, bila abg dpt kunci n CF untuk rumah ni?

    ReplyDelete
  8. kalau bank value rm300k-rm310k, balance tu kena guna duit sendiri la.

    pasal kunci, belum ada berita lagi. Selalu tak dapat cakap dengan person in-charge. Tak silap dalam S&P bulan 9 ni mesti dah dapat kunci.

    kalau nak tgk info pasal beli rumah sub-sale (beli rumah dari owner) boleh tgk website http://abangensem.com/

    ReplyDelete
  9. Update: dah dapat kunci rumah 06/09/2011. Sekrang developer tengah baiki defect & hopefully by the end of this year boleh la pindah

    ReplyDelete
  10. ada defect ke bang? saya baru pegi tengok rumah tadi petang dengan family and dorang nak sangat rumah tu, tapi sekarang dekat mudah.my ada agent jual 340k, kalau market value below than that memang punah la harapan ni..huhu..

    ReplyDelete
  11. Saya pun ada kat situ pagi & petang tadi. Tgk rumah lorong berapa?. Bawak kontraktor tgk rumah. Defect tu memang ada, tapi bukan major defect.

    ReplyDelete
  12. Salam, saya pun ada beli rumah depan rumah En Helmi tapi saya punya 2 1/2 tingkat end lot. Saya betul2 tak puas hati dgn workmanship developer nih. Terlalu banyak defects. Leakage sana sini, chips sana sini, ukuran tak betul n tak simetri. Memang betul2 tak puas hati. Tak macam sy expect langsung. Baru amek kunci minggu lepas, dah dapat borang defects, tak tahu nak start dari mana, banyak sangat. Agak2 berapa lama masa diaorang bagi utk kita report pasal defects selepas amek kunci?

    ReplyDelete
  13. Salam tuan, Jalan 3/1? Rumah 2 1/2 yg lot tepi sekali tu? Saya dah tgk time pekerja kat situ repair defect kat rumah tu.
    Rumah saya pun banyak defect. Dinding pun ada kesan leakage. Dah complaint time buat inspection.
    Last week (25/9/2011) ada tgk rumah. Baru sikit diorang repair defect. Dari apa yang saya tanya dengan that chinese guy yg kerja dengan developer, diorang akan buat dalam masa 14 hari. Nampaknya dah lebih 14 hari tak siap2 lagi.

    ReplyDelete
  14. salam tuan, menarik jugak nampak rumah nie. nak tanya sekarang market price area kat situ dah berapa? saya tinggal jauh nak g survey ..agak2 ada orang yang nak jual ker?

    ReplyDelete
  15. Salam, awal tahun ni bank value dalam RM315k+-. Tapi kalau tgk dalam internet, untuk 2 storey dah ada yang jual rm470k (nego). Ada info dari jiran, rumah 2.5 tingkat dijual dengan harga RM500k.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...