Friday, November 9, 2012

Mendaftar sebagai dealer @ rakan niaga GCP

1) Buka website www.gcp.com.my

 2) Klik 'pendaftaran'  dan masukkan nama dan nombor I'd introducer iaitu HELMI BIN ISMAIL atau nombor id AD4009.

 3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir. 

 4) Bank in RM 1,000 ke akaun Maybank Goldcrest Pavilion sdn bhd 505103003954 dan sms waktu bayaran ke 012-988 3145 atau email bukti bayaran, serta dokumen yg diperlukan ke sales@gcp.com.my

5.Pendaftaran akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat. Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms. 

Thursday, November 8, 2012

Syarikat Emas & Perak 100% Bumiputera Muslim


PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas. 

GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas,skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yg menyalahi akta AMLAA, AMLATFA, BAFIA dan SC. 

GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu en. Shamsul anuar b. Md Ali berasal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor & pn. Norliza bt Ngatiman berasal dari Desa Temu Jodoh Segamat yg merupakan bekas guru dan telah berkhidmat selama 11 tahun dlm bidang perguruan. 

Bersandarkan pengalaman dan kepakaran mendidik modal insan serta kajian yg dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan utk bergiat secara sepenuh masa dalam industri emas dgn memberi peluang kepada Bumiputra khasnya utk menceburi bidang perniagaan emas. 

Bagi membantu usahawan-usahawan emas di bawah naungan GCP, bantuan modal diberikan khusus kepada pengedar-pengedar yg aktif. Kini GCP merupakan platform terunggul yang telah melahirkan ramai usahawan dan jutawan emas.

p.s: untuk makluman, saya telahpun mendaftarkan diri sebagai pengedar emas & perak dari syarikat Gold Crest Pavillion (GCP) pada 07/11/2012

Thursday, November 1, 2012

Cawangan baru Public Gold di Klang & Kota Kinabalu

Assalamualaikum...

Mulai 1 November 2012, Public Gold membuka cawangan mereka yang terbaru di Klang, Selangor & Kota Kinabalu, Sabah. 

Monday, September 3, 2012

Menyesal beli rumah...

Salam....
Tahun 2009, beli rumah di Taman Amanputra, Puchong. Harga RM265,000.00+-.

Tahun 2012, harga dalam mudah.my dah naik RM470,000.00

Menyesal beli sebiji je.........


Patut agen ni letak lagi interesting point untuk jual rumah ni. Meh sini aku tambah sikit lagi

- Approximately 15-20 minutes to Carrefour Puchong Utama.
- Approximately 10-15 minutes to Tesco Bandar Bukit Puchong (70% under construction as at 30/08/2012)
- No more new double storey house in that area (according to developer, Semai Ria Sdn Bhd)

btw, kat mana sebenarnya Taman Amanputra ni????



Thursday, August 30, 2012

Terkenang semasa dulu


Salam....

Lebih kurang 2 tahun lepas membuat belian pertama sebagai dealer Public Gold.


Cuba bandingkan dengan harga sekarang

* untuk jualan balik ke Public Gold, gunakan harga PG BUY. Untuk jualan kepada pelanggan, gunakan harga PG SELL.

Jom kita buat kira2 sikit.

29/12/2010 Belian

1 dinar PG RM652 x 2 kpg       = RM1,304.00
5 dinar PG RM3245 x 1kpg      = RM3,245.00
10 dinar PG RM6461 x 1 kpg   = RM6,461.00
20gram PG RM3155 x 1kpg     = RM3,155.00
50gram PG RM7850 x 1kpg     = RM7,850.00
Jumlah belian emas                  RM22,015.00

+Kos pengangkutan                     RM30.00
JUMLAH                                  RM 22,045.00  

Situasi 1 (Jual semula kepada Public Gold)
*30/08/2012
*HARGA PG BUY

1 dinar PG RM692 x 2 kpg       = RM1,384.00
5 dinar PG RM3462 x 1kpg      = RM3,462.00
10 dinar PG RM6929 x 1 kpg   = RM6,929.00
20gram PG RM3375 x 1kpg     = RM3,375.00
50gram PG RM8442 x 1kpg     = RM8,442.00
Jumlah jualan emas                  RM23,592.00

Keuntungan RM1547.00 (belian 29/12/2010 - jualan 30/08/2012 kepada PG)

*oleh kerana saya adalah ejen public gold, saya layak untuk mendapat pulangan lagi sebanyak 0.5% dari harga jualan iaitu RM117.96

Untung sebenar saya ialah RM1,547.00 + RM117.96 = RM1,664.96


Situasi 2 (Jual semula kepada pelanggan melalui facebook dsbnya)
*30/08/2012
*HARGA PG SELL

1 dinar PG RM736 x 2 kpg       = RM1,472.00
5 dinar PG RM3663 x 1kpg      = RM3,663.00
10 dinar PG RM7294 x 1 kpg   = RM7294.00
20gram PG RM3590 x 1kpg     = RM3,590.00
50gram PG RM8933 x 1kpg     = RM8,933.00
Jumlah jualan emas                  RM24,952.00
 
Keuntungan RM2,907.00 (belian 29/12/2010 - jualan 30/08/2012 )


* pengiraan belum mengambilkira komisen yang diterima (normal dealer 1%, priority dealer 1.5% & master dealer 2% dari harga belian)

* contohnya, jika saya membeli 1 dinar PG pada tarikh 30/08/2012 (harga PG SELL). Saya perlu membayar RM736.00. Tetapi pada 20/09/2012 (PG akan mengkreditkan komisen pada tarikh ini setiap bulan) komisen yang saya dapat dari pembelian 1 dinar ialah RM11.04. (% Priority Dealer x RM736). Dengan ertikata lain, saya hanya perlu membayar sebanyak RM724.96 sahaja untuk 1 dinar tersebut.



disclaimer : ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama menjadi dealer Public Gold. Syarikat emas yang lain menawarkan insentif yang berbeza antara satu sama lain. Terpulang pada tuan untuk memilih syarikat mana yang terbaik. Cuma pastikan bila anda melabur dalam emas & perak, pastikan anda mendapat emas & perak fizikal & bukannya sekadar sijil perakuan atau buku penyata sahaja.

Thursday, July 19, 2012

Fatwa terhadap Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Monday, May 21, 2012

Kenapa Harga Emas & Perak Jatuh- by Robert Kiyosaki

 

Conspiracy of the Rich; The 8 New Rules of Money
by Robert Kiyosaki
Online Exclusive Update – #117
May 17, 2012

WHY ARE GOLD AND SILVER FALLING?

While in Africa last week, I was asked, “Why are the prices of gold and silver falling?”

My answer was, “Because more people are selling than buying.”

Years ago, my rich dad said, “Most investors want to know the underlying reasons why prices are going up or going down. So they look in the newspapers or call a friend, and find a reason that makes them happy.”

Returning from Africa, I went looking for answers that made me happy. There was an article in the Wall Street Journal about the people of India not buying gold and that was the reason for the price of gold coming down. In another article, I read about the European crisis, more specifically the demise of Greece, as the reason for the prices of gold, silver, and oil coming down. Less people are buying and more people are selling.

Most people chase the ups and downs of the markets, investing for capital gains. In real estate, they are called “flippers” and in the stock market they are called “traders.” The most important question to ask is, “Why buy?” This question makes the most sense to me.

I have been buying gold since 1972. I began while flying in Vietnam. I am still a buyer of gold and silver, but not at the current prices. I am happy when prices come down because low prices give me a reason to buy. The same is true in real estate. When real estate prices were going up, idiots were buying and flipping houses they, themselves, could not afford to live in. When the market crashed, millions were crushed. Now is the time to buy, but it hard for most to buy when they are sitting on existing bad home-owner debt.

Most of you following my COR blogs know I buy gold, silver, and oil simply because I do not trust our government or corporate leaders. If I trusted the President, Congress, the Fed, or big banks, I would be holding dollars; but I don’t. With everyone printing money, savers of money are the biggest losers.
This is my reason for buying gold, silver, and oil when the price is right. What is your reason?

Don’t buy or sell anything simply because you are following the herd. Do your own research, find your own reason, and do what is best for you. Everyone else is. That is why so many people are selling gold, silver, and oil, and why prices are coming down. They are simply doing what they think is best for them.

If the herd panics and begins selling in mass, I will once again begin buying, even more gold, silver, and oil.

Thank you for supporting COR.

Robert Kiyosaki

Wednesday, May 16, 2012

SMS Harga Emas Public Gold

*gambar hiasan
Untuk semakan harga terkini produk Public Gold melalui sms, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
1)         Taip PG<space>GOLDPRICE hantar ke 36828 untuk semak harga emas
2)         Taip PG<space>SILVERPRICE hantar ke 36828 untuk semak harga perak
3)         Taip PG<space>DINARPRICE hantar ke 36828 untuk semak harga dinar 
4)         Taip PG<space>JEWELPRICE hantar ke 36828 untuk semak barang kemas(utk D & I series)

(RM0.30 akan dicaj untuk setiap semakan yang berjaya)
The command can be in capital letters or small letters.

Anda boleh hantar SMS kepada saya di no 012-320 6073 untuk membuat pesanan produk pilihan anda.

Tuesday, May 8, 2012

Kontraktor Grill Taman Amanputra, Puchong

Assalamualaikum...

Cerita pasal kontraktor gril rumah. My wife selalu la juga masuk forum bertanyakan kontraktor2 yang bagus area Puchong / Kajang. So kita orang dapat le a few names. Yang 1 tu kat Sungai Ramal, pernah la usha kat bengkel. Problemnya bila nak datang ukur tu dia kenakan caj perjalanan.

So pilih punya pilih, kitaorang decided la untuk pick 1 kontraktor ni. Ramai juga member online yang suggest & di forum pun nama dia ni kira famous jugak la.

Discuss punya discuss, kitaorang decide to go for a simple design dengan warna putih. Harga kira x terlalu mahal & tak terlalu murah.

Enjoy the pictures...

Time ni waktu kerja, terpaksa la kluar kejap tolong buka kan pintu. Janji siap dalam 1 hari.

 Design untuk family hall

 Grill sudah siap di buat di bengkel, cuma nak pasang je

 tingkat atas sudah siap

Dari segi mutu kerja, memang bagus. Memang siap pasang dalam satu hari. Datang pagi, sebelum jam 2 dah siap pasang.

Yang tak bestnye......



 Grill belakang - sudah discuss untuk buat pintu tertutup separuh. Meaning dari lantai sampai paras atas sikit dari pinggang bertutup. Bila tanya dia boleh tanya balik "ada discuss ke pasal tu"? - hangin satu badan

Sampai sekarang (08/05/2012) masih lagi camtu. Bila call x pernah nak angkat.

Kunci x berkualiti di baginya. Tak sampai 2 bulan, dah pecah.

Bila belum dapat projek, tiap tiap hari dia call, sms. Tapi bila projek sudah dapat, payment pun sudah bayar, kita call pun tak jawab.

ps: tobat lain kali aku tak mau ambik projek dari ngko.....
      nantikan review untuk kontraktor kitchen kabinet, tinted & kontraktor wet kitchen (kalau aku rajin)

Thursday, May 3, 2012

Memo dari saya

Assalamualaikum....

Berita buruk :
Untuk makluman semua, terutamanya bakal pembeli, kos pengangkutan dikenakan bagi setiap pembelian item di bawah.

Contohnya : jika anda membeli 10gram gold bar x 2 keping. Kos pengangkutan ialah RM20 (rm10 x 2 kpg)

Berita baik :
Jika anda membeli dari saya, semua kos pengangkutan akan ditanggung sepenuhnya. Maknanya, harga yang anda lihat di web public gold (http://www.publicgold.com.my/) adalah harga yang perlu anda bayar & tiada kos tersembunyi.

Call 012-3206073 sekarang......


Memilih syarikat emas & perak

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menulis since last entry pada Februari lepas. Untuk pengetahuan semua, harga semasa emas sedang mengalami penurunan  dalam masa sebulan dua ini. Pada pendapat saya yang boleh dikatakan baru dalam bidang ini, inilah masanya untuk kita menambah simpanan emas & perak (fizikal) kita.

Tuan puan, saya banyak menerima panggilan dari pelabur baru yang was-was untuk melabur dalam emas (& perak). Kerisauan terbesar mereka ialah takut di tipu & hilang semua wang pelaburan.

keratan akhbar 1

keratan akhbar 2

Nasihat yang selalu saya berikan kepada mereka, apabila anda melabur @ membeli emas (& perak), pastikan anda mendapat fizikal bukannya sijil, buku akaun mahupun pulangan dividen setiap bulan. Kenapa saya kata begitu? Bayangkan jika anda membeli emas dalam bentuk buku akaun atau sijil.  Tiba2 esoknya anda dapat berita bahawa bank atau syarikat tempat anda membeli emas dalam bentuk buku akaun/ sijil itu bangkrap. (jangan lupa banyak syarikat besar & institusi perbankan dunia pernah bangkrap & gulung tikar). Rasa2 nya apa akan terjadi dengan pelaburan anda?

So, apa pilihan yang ada wahai encik helmi? Sabar tuan puan. Saya akan terangkan. Sekarang ini banyak syarikat yang menawarkan pembelian emas (&perak) secara fizikal. Taip saja di internet, anda akan dapat puluhan malah ratusan syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Malah saya pernah membeli syiling perak dari http://www.perthmint.com/ iaitu syarikat yang berpengkalan di Australia dan mendapat layanan yang sungguh memuaskan. Tapi harus diingat, jika kita membeli dari luar negara kita mungkin akan dikenakan cukai eksais oleh kastam (seperti yang saya kena. huhuhuhuhuhuhuhu......) Tapi bila di kira-kira balik masih lagi untung jika dibandingkan saya beli dari pengimport yang ada di sini.

"Tapi saya orang Malaysia, saya nak beli dari syarikat Malaysia"

Tuan puan jangan risau, di Malaysia pun ada lebih kurang 5 syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini (tidak termasuk kedai emas & bank). Tuan puan boleh 'search' sendiri syarikat tersebut, tetapi saya mengesyorkan tuan puan membeli emas & perak dari syarikat PUBLIC GOLD. Kenapa PUBLIC GOLD?

Ok, sekarang saya akan menerangkan kenapa PUBLIC GOLD


1. PUBLIC GOLD adalah syarikat yang pertama mengeluarkan jongkong emas & peraknya sendiri. (diiktiraf Malaysia Book of Records)
2. Spread margin yang rendah antara harga jual & harga beli (cepat dapat untung)
3. Sistem booking secara online 24 jam sehari (pertama di Malaysia).- boleh ambil kesempatan waktu harga rendah terutamanya tengah malam
4. Sistem harga 'live' 24 jam sehari. (harga berubah setiap 20 minit) - boleh order time harga rendah
5. Mempunyai 17 buah cawangan setakat ini diseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
6. Semua produk diiktiraf oleh Assayer berpengalaman.
7. Mempunya pelbagai pilihan produk. Untuk pilihan produk, sila klik disini.
8. Akhir sekali PUBLIC GOLD menerima kembali produk mereka walaupun terpatah, tercalar, kemik dsbnya asalkan beratnya tidak berkurangan.

Okla, tuan puan. Jika anda mempunyai apa2 kemusykilan @ ingin membeli emas & perak sila telefon saya di 012-3206073 (helmi)

assalamualaikum...

ps: Agak-agak kalau kita beli emas & dapat emas fizikal tu, esoknya syarikat yang jual emas tu bangkrap, emas yang kita pegang tu laku lagi atau tidak?


Wednesday, January 11, 2012

Emas terus jadi buruan pelabur

PETALING JAYA 10 Jan.

Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.

Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.

"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.

Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.

"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau.

Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).
Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.

Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.

Saturday, January 7, 2012

Tips

  • Sekiranya ada simpanan Wang Kertas bagi tujuan kegunaan pada hari tua,  tukarkan sekurang-kurangnya separuh kepada Wang sebenar dalam bentuk Emas & Perak supaya nilai simpanan itu terus meningkat dari masa ke semasa. Emas & Perak itu boleh dijual apabila kita mahu menggunakan Wang Kertas, dan jual Emas & Perak tersebut hanya pada sekadar jumlah Wang Kertas yang diperlukan sahaja, bukan kesemuanya.


  • Untuk rujukan, sila rujuk carta dari kitco (http://www.kitco.com/) untuk carta harga emas untuk 10 tahun kebelakangan. Walaupun ada penurunan bagi sesetengah tahun, tetapi secara keseluruhannya harga emas meningkat dari masa ke semasa.

Friday, January 6, 2012

Thursday, January 5, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Emas 999 Public Gold


untuk pembelian hubungi 012-320 6073
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...