Wednesday, March 30, 2011

Gadjet Baru di pelaburansaya.blogspot.com

Assalamualaikum...

Saya telah memasukkan harga emas dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) untuk anda membuat perbandingan dengan harga emas dari Public Gold.

Bagi dinar (emas 916) , 1 dinar seberat 4.25gram, 5 dinar ( 21.25gram ) & 10 dinar ( 42.5gram ). Untuk mendapat harga bagi 1 gram dinar, bahagikan harga WE SELL dengan berat dinar.

Sebagai contohnya harga WE SELL 1 dinar ialah RM655 di bahagi dengan 4.25 gram (berat 1 dinar). Anda akan mendapat harga RM154.11/gm. Bandingkan dengan harga dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) iaitu rm157/gm.

Bagi wafer @ jongkong (emas 999) , bahagikan harga WE SELL dengan berat wafer @ jongkong .

Sebagai contohnya harga WE SELL 20 gram wafer  ialah RM3,170 di bahagi dengan 20 gram wafer. Anda akan mendapat harga RM158.50/gm. Bandingkan dengan harga dari Federations of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia (http://www.fgjam.org.my/) iaitu rm166/gm.

Semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak.


beli emas untuk masa depan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Friday, March 18, 2011

30 Fakta Menarik Tentang Emas




  1. Emas adalah salah 1 unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) yang bermaksud ‘shining dawn’ di dalam bahasa Latin.
  2. Nombor atom untuk emas adalah 79.
  3. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial.
  4. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
  5. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air.
  6. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kg) emas telah digali dari muka bumi.
  7. Didalam industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
  8. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
  9. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
  10. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
  11. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
  12. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
  13. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
  14. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
  15. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman, suhu lebur & perubahan warna sesuatu kualiti emas.
  16. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.
  17. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
  18. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-hasilnya adalah logam emas padu.
  19. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
  20. Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
  21. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
  22. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
  23. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
  24. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
  25. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
  26. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
  27. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (k).
  28. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).
  29. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
  30. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Kanada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
 File:Hand of faith1.JPG
"The Hand of Faith" dijumpai oleh Kevin Hillier menggunakan metal detector di Kingower, Victoria, Australia pada 26 September 1980 seberat 27.21 kg

Jongkong emas terbesar di dunia (250kg) di Muzium Toi, Jepun



Canadian Gold Maple Leaf
 
Gold Nugget Terbesar di jumpai di California (4.85kg)
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Wednesday, March 16, 2011

Kenapa Emas Public Gold

1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang)
2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas
3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%).
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
7. Mempunyai cawangan di Penang, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Johor. Akan di buka di Pahang.
8. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online.

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Tuesday, March 15, 2011

Jongkong Emas ( 250g ) is now available for booking.

Metal : Au
Weight: 250 gram
Size (WxL, mm) : 50 x 80
Thickness : 6 mm
Purity : 999.9

harga : RM39,000 ++

Berminat?
hubungi 012-320 6073 (helmi)

Wednesday, March 2, 2011

Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas

Assalamualaikum...

Ramai kawan saya bertanya;

"Mengapa kita perlu menyimpan emas?"

Jawapan saya ialah KEUNTUNGAN!

Jom saya terangkan apa maksud KEUNTUNGAN melabur dalam emas.

Lihat prestasi harga emas dibawah ini;


Januari 2000 – Januari 2011


Januari 2010 – Disember 2010

Ok, anda sudah tengok graf di atas kan? Graf ini saya ambil dari kitco.com. Oh ye helmi, sape kitco tu? Tengok kat sini le ye? Saya tak pandai nak translate. Hehehehe...

Kalau kita tengok dari graf, walaupun ada penurunan, tetapi dalam jangka panjang harga emas akan naik. (bukan ke tujuan kita melabur untuk jangka masa panjang?)

Ok, disini saya tampalkan 5 sebab kenapa kita perlu menyimpan emas yang saya dapat dari sifu-sifu emas;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Emas, sejak dulu lagi telah menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.


2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat.

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 11% setahun.

1 gram emas tahun 2000 = RM25.50
1 gram emas tahun 2011 = RM157.05 (22 Feb 2011)


3. Nilai wang sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 50 sen dan RM 1 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Wang Tanpa Sempadan

Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
.
.
.
. 
Yang peliknya, bila kita dah terangkan kelebihan2 melabur dalam emas, mereka masih mengambil sikap tunggu & lihat. Sampai ke sudahlah anda tertunggu-tunggu & terlihat-lihat. hehehehehehehe

rujukan : Pokli, Magnet Emas, Putremas, Pelabur Jutawan, Jutawan Emas
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

Tuesday, March 1, 2011

Stok Tersedia...

Assalamualaikum,
Saya mempunyai stok seperti di bawah. Anda yang berminat untuk membeli sila sms 012-3206073 (helmi). Harga jual ialah RM650 RM655/seunit (tawaran sehingga 04/03/2010 jam 5.00 petang)
Harga jual sekarang ialah RM662 (02/03/2011,  8.50 a.m) boleh dilihat di sebelah kiri laman web ini.
Nak beli 1 dinar sahaja pun boleh.

Penghantaran percuma ke Putrajaya, Cyberjaya, Mines Shopping Fair, Sri Kembangan, Serdang, Jalan Duta.

Dapatkannya sebelum harga emas kembali naik!!!.
1 dinar x 5 keping

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...