Friday, April 26, 2013

Taman Langat Murni

Assalamualaikum....
 
Pembelian hartanah/liabiliti yang ke 2. Kenapa saya kata liabiliti? Kerana walaupun rumah adalah aset, tetapi kalau tidak menjana keuntungan malahan perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan, pasti termasuk dalam liabiliti kita kan?
 
Sebenarnya, saya memang bercadang untuk membeli sebuah lagi rumah landed/ low cost apartment untuk dijadikan sumber pendapatan yang lain. Untungnya saya di pejabat tempat saya bekerja, kebanyakannya memang berminat dalam hartanah. So info-info berkaitan hartanah memang cepat je dapat.

 
Satu hari, ofismate saya bercerita tentang 1 projek perumahan berdekatan dengan Masjid KLIA. Harga permulaan bagi sebuah rumah teres setingkat ialah RM198,00.00 sahaja. Dan yang paling best.....x payah bayar apa2 (kecuali yuran proses dari Bahagian Pinjaman Perumahan sebanyak RM198.00)
 
So gigihla saya surf kat website mudah.my mencari iklan tersebut.


 

Info ringkas berkenaan projek ini.

Rumah teres setingkat berbagai keluasan (seperti dalam gambar)
Harga Minimum : RM198,000.00
3 bilik tidur, 2 bilik air
Status tanah adalah tanah pajakan 99 tahun yang akan berakhir 04/11/2101
Tarikh siap : 24 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli (November 2013)
Pemaju : Juwita Kasih Sendirian Bhd

Lokasi strategik

2km ke masjid KLIA
2km ke Kompleks Tabung Haji (dipindahkan dari Kelana Jaya)
2km ke Balai Polis KLIA
2.5km ke Balai Bomba
Berhadapan Kilang Genting Sanyen
Berdekatan dengan KLIA/LCCT/ KLIA 2, Sepang F1,
Berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya ( 30 minit berkereta )
Berdekatan dengan Port Dickson, N.Sembilan ( 1 jam berkereta )
Berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti Masjid, Surau, Sekolah, Kedai-Kedai dan lain-lain lagi
15 min ke ERT (Express Rail Link Transit) Salak Tinggi
15 min ke Bagan Lalang, Dengkil
45 min ke Kuala Lumpur
Berhampiran Akses Lebuhraya ELITE & MEX

Bukan kawasan banjir

 
Boleh nampak kubah masjid KLIA. Bersebelahan projek Kompleks Tabung Haji

 
 
 
 

Progress terkini pembinaan
 
 

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...