Thursday, August 25, 2011

Selamat Datang New Dealer ( Mentakab, Temerloh, Jengka )

Selamat Datang ke Rangkaian Helmi Ismail

Dealer Baru

Encik Zainul Fuad


019 - 923 8385

Dealer kawasan Mentakab, Temerloh, Jengka & sekitarnya.
Anda di kawasan sekitar boleh mendapatkan stok emas dari beliau.
Yang ingin mendaftar sebagai Dealer Public Gold, sila hubungi saya di 012-3206073 (helmi)

Tuesday, August 23, 2011

Gandakan Nilai harta dengan Melabur dalam emas

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.

Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.

Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.

Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.

Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.

Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.

Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.

Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.

Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.

Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.

Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.

Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.


DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas
Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
(kini Bursa Malaysia)


Monday, August 22, 2011

Kelebihan Membeli Emas


Assalamualaikum....

2, 3 minggu ni kalau kita amati betul-betul, harga emas mencapai rekod tertinggi dalam sejarah. Beberapa kali mencapai USD1870 per/ounce (1 ounce lebih kurang 31gram). Dijangkakan harga emas akan mencapai USD2,000 per/ ounce menjelang hujung tahun 2011.  (sumber).

Sebenarnya saya mengharapkan harga emas akan jatuh sedikit dalam bulan2 terakhir 2011 supaya dapat menambah stok emas. Tapi bila difikir2kan, peratusan penurunan harga emas amatlah rendah. Kalau turun pun, akan mengambil masa yang sekejap sebelum naik meroket lagi.



Kalau tengok dari Purchase Order 22 April 2011 di atas, 1 dinar hanya berharga RM688. Sekarang bandingkan harga 1 dinar pada 22/08/2011.


Kenaikan hampir 20% hanya dalam masa tidak sampai setahun. Melebihi bonus ASB!!!!

Kepada yang masih memikirkan pelaburan yang berbaloi-baloi, modal yang kecil. Pilihlah untuk menyimpan emas. Mulakan walaupun hanya dengan 1 dinar.

Friday, August 19, 2011

Selamat Datang New Dealer (Batu Caves, Gombak, Selayang)

Selamat Datang ke Rangkaian Helmi Ismail

Dealer Baru

Encik Zainal

017 - 256 9660

Dealer kawasan Batu Caves & sekitarnya.
Anda di kawasan sekitar boleh mendapatkan stok emas dari beliau.
 
Yang ingin mendaftar sebagai Dealer Public Gold, sila hubungi saya di 012-3206073 (helmi)

Wednesday, August 10, 2011

Persoalan Zakat Emas & Perak

Adakah perhiasan emas dan perak dikenakan zakat?


Emas dan perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perak ia termasuk perhiasan atau barangan yang disimpan. Ia dikira mengikut harga 1 gram perak semasa. Ini adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”





(Surah al-Taubah: ayat 34-35)


Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud:
“Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.”
(Riwayat Muslim)
Adakah emas yang disimpan dan dipakai, diwajibkan zakat
Emas yang disimpan dan dipakai wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram. Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada nilai emas semasa sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya.

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas nilai emas yang dipakai. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.
Adakah emas perhiasan yang dipakai tidak dikenakan zakat?
Ya, barang kemas yang dipakai tidak dikenakan zakat selagi ianya tidak melebihi had pemakaian yang dibenarkan. Di Selangor, zakat akan dikenakan sekiranya barang kemas yang dipakai itu melebihi 800 gram.
Berapakah nisab zakat emas dan berapakah kadar yang dikenakan zakat?
Nisab zakat emas ialah 85 gram. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu’ al-’usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%)
Bagaimanakah untuk mengira zakat, jika emas bertatah batu-batu permata atau berlian?
Sekiranya batu kecil, ia akan ditolak dengan anggaran sebanyak 0.02 gram per batu manakala bagi batu besar akan ditolak 0.5 gram per batu. Setelah ditolak jumlah berat batu, maka barulah dikira berat emas tersebut.
Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
Berapakah nisab zakat perak?
Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram
Apakah dalil zakat perak?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, antaranya membayar zakat maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah al-Taubah: ayat 34-35)
Bagaimanakah cara pengiraan zakat emas dan perak?
  • Kaedah pengiraan zakat emas perhiasan (emas yang dipakai)Zakat emas perhiasan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang dipakai adalah sama atau melebihi uruf (800 gram). Kaedah pengiraannya ialah:
    [Timbangan emas (gram)] x [harga emas semasa/gram] x 2.5%
    Contoh:
    Berat emas yang dimiliki : 950 gram
    Harga emas semasa/gram : RM 50
    Kadar zakat : (timbangan emas) x (harga/gram) x 2.5%
    : 950 x 50 x 2.5% = RM 1,187.50
  • Kaedah pengiraan zakat emas yang disimpanZakat emas yang disimpan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang disimpan adalah sama atau melebihi uruf (85 gram). Kaedah pengiraannya ialah:
    [Timbangan emas (gram)] x [harga emas semasa/gram] x 2.5%
  • Kaedah pengiraan zakat perakBagi logam perak (sama ada yang dipakai atau disimpan), zakat hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi uruf (595 gram). Kaedah pengiraannya ialah:
    [Timbangan perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Semasa ibu saya meninggal, beliau ada meninggalkan emas perhiasan pada saya. Saya layak untuk membayar zakat tetapi tidak mampu untuk membayarnya? Adakah saya perlu menggadai separuh dari barang kemas itu untuk membayar zakat?
Ya, zakat harus dibayar sama ada menggunakan wang sendiri atau menggunakan wang setelah digadai emas tersebut.
Adakah emas yang disimpan di dalam bank perlu dizakatkan?
Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya difaraidkan.
Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Al-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik.
Adakah perlu dizakatkan bagi emas dan perak yang didapati daripada perlombongan?
Emas dan perak yang diperolehi daripada perlombongan yang cukup nisab wajib dikeluarkan zakat serta-merta tanpa menunggu haul (setahun hijri). Kadar zakatnya ialah dua puluh peratus atau satu perlima (20% atau 1/5).
Adakah perlu dizakatkan bagi emas dan perak yang dijumpai dalam tanah, pasir atau air yang tidak menggunakan cara melombong?
Wajib dikeluarkan zakat serta-merta tanpa menunggu haul (setahun hijri). Ia perlu dikeluarkan 20 peratus daripada jumlah yang dijumpai.
Adakah perlu dizakatkan bagi emas atau perak yang dijadikan jongkong emas atau yang dibuat pinggan mangkuk, piala, pingat, cenderamata dan lain-lain?
Bijih emas atau bijih perak atau emas atau perak yang telah dilebur dan dijadikan jongkong-jongkong emas atau perak atau yang telah dijadikan perhiasan atau perkakas rumah seperti pinggan mangkuk, sudu dan lain-lain adalah wajib zakat pada tiap-tiap tahun jika cukup syarat.
Adakah perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat seperti jam yang disalut emas atau perak?
Wajib orang lelaki yang memakai itu mengeluarkan zakat jika mencukupi syarat. Haram bagi lelaki memakai perhiasan emas.
Adakah emas putih wajib dizakatkan?
Ya, emas putih seperti emas kuning wajib dizakatkan jika sampai atau melebihi 85 gram.
Adakah emas paun (75 karat) wajib dizakatkan?
Ia wajib dikenakan zakat sekiranya cukup syarat.
Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajibkah saya membayar zakat?
Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
Bolehkah saya menggunakan timbang tepung untuk menimbang emas kerana takut hendak bawa emas ke kaunter LZS?
Boleh sekiranya standard itu sama seperti penimbang emas.
Perlukah gigi emas dizakatkan?
Tidak wajib dikenakan zakat.
Apakah sandaran kadar uruf emas di Selangor yang digunakan pada masa ini?
Sandaran berdasarkan kepada kajian pengguna-pengguna emas di Selangor. Keputusannya telah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Selangor setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang diwartakan pada 23 Jun 2005.
kalkulator zakat di sini

sumber :http://www.e-zakat.com.my

Monday, August 8, 2011

Triple Gift Set

Salam......

Another products from http://www.tomeybakes.blogspot.com/



Menambahkan koleksi bersempena Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang, pada yang mencari & berminat untuk mendapatkan Gift untuk Corporate, Family & Friends, saya juga menyediakan pelbagai jenis Custom Gift Set Cookies mengikut budget anda!
Terbaru, Koleksi Triple Gift Set Ole-Ole Raya. Set ni termasuk:-
  • 13-14pcs Kurma Coklat Berbadam
  • 16pcs Crispy Coconut
  • 14-15pcs Double Choc Chip
  • Ribbon pilihan anda
  • Gold Box
Harga: RM30 sahaja
FREE DELIVERY untuk pembelian melebihi 15 set dalam kawasan lembah klang & kawasan2 berdekatan sahaja.



Koleksi Hadiah Hari Raya 2011

Salam...


10pcs Gift Set Kurma Choc Badam
- 10pcs Kurma Choc Badam
- Transparent container
Harga: RM9/pack


10pcs with Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 10pcs Kurma Choc Badam
- Pilihan warna ribbon
- Transparent container
Harga: RM10/pack


18pcs Gift Set - Kurma Choc Badam
- 18pcs Kurma Choc Badam
- Transparent container
Harga: RM15/pack


18pcs with Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 18pcs Kurma Choc Badam
- Pilihan warna ribbon
- Transparent container
Harga: RM18/pack

Jar Ribbon Gift Set - Kurma Choc Badam
- 25pcs kurma coklat badam
- pilihan warna ribbon
Harga: RM22/pack


FREE DELIVERY untuk pembelian melebihi RM500 dalam kawasan lembah klang & kawasan2 berdekatan sahaja.
TEMPAHAN
Emailkan tempahan anda ke tomeybakes@gmail.com dengan info berikut
Nama:
Contact No:
Pickup Date:
Delivery Address:
Kuantiti:

Ole-ole Ramadhan & Syawal 2011

Assalamualaikum....

My wife ada ambil order utk tempahan kuih raya. So, di bawah ni adalah jenis2 kuih raya yang boleh ditempah.

Bersempena dengan bulan Ramadhan & Syawal, tomeyBakes memperkenalkan beberapa ole-ole yang sesuai dijadikan juadah bersahur, berbuka juga untuk Hari Lebaran keluaran de`HearT Idealisme yang telah berada dipasaran & telah dipercayai sejak tahun 2007 lagi!

Jom pakat-pakat beli. Gerenti sedap =)


Kurma Coklat Berbadam
Kuantiti: 45pcs
Harga: RM30
*Kurma mariami disalut dengan dark choc dan berintikan sebiji badam panggang yang garing! TOP SELLING sejak 2007! Juadah wajib untuk bersahur, berbuka dan juga hidangan Syawal!


Kurma Coklat Berbadam - Gift Pack / Trial pack
Kuantiti: 22pcs
Harga: RM18
*Sesuai dijadikan sebagai corporate gift, hadiah dan juga sebagai trial pack!
Double Choc Chip
Kuantiti: 50pcs++
Harga: RM26
* Penuh dengan keranggupan cookies yg sarat dengab choc chip dan almond nibs. Cookies wajib untuk hidangan hari lebaran! Komen dari customer "sampai serbuk dia saya pulun!"
*Top selling sejak 2007


Crunchy Cornflakes
Kuantiti: 60pcs
Harga: RM26
*Cornflakes yang bermutu & crunchy dibakar bersama madu keemasan dan buble rice serta taburan rainbow rice

Almond Slice White Choc
Kuantiti: 40pcs
Harga: RM28
*Almond slice yang garing enak bersama white chocolate dan berperisa orange yang unik dan fresh


Semperit Tradisi
Kuantiti: 48pcs++
Harga: RM20
*Rasa tradisi yang enak berlemak keluaran terbaru kami yang bakal menjadi hit!

Crispy Coconut
Kuantiti: 50pcs
Harga: RM20
*Rasa lemak manis dan keharuman kelapa memikat selera. Baby pun boleh makan.

Popia Sira Manis / Masin
Kuantiti: 600gram++
Harga: RM20
Terdapat dua pilihan rasa: masin & manis
*Popia bersira yang ranggup dan garing. Boleh pilih popia sira manis atau popia sira masin. Seronok mengunyah!

Contoh bekas yang digunakan untuk Kurma Coklat berbadam, Double Choc Chip, Semperit Tradisi, Crispy Coconut dan Almond Slice White Choc. Kedap udara, bertangkai, cantik dan bole diguna semula! Letak ribbon, boleh dijadikan sebagai hadiah/gift.

Contoh bekas yang digunakan untuk crunchy cornflakes, popia sira manis dan masin. Boleh digunasemula dan tahan dalam microwave.


TARIKH AKHIR TEMPAHAN
Pada 19 Ogos 2011 (Jumaat)

PICKUP POINT / DELIVERY
Semua tempahan boleh diambil di Presint 14, Putrajaya/ MIECC The Mines, Jalan Duta. Penghantaran juga boleh dibuat di sekitar Mentakab & Temerloh, Pahang bermula 27 Ogos 2011 (masa ni kami dah balik kampung..hihi). FREE Delivery untuk sekitar lembah klang dengan minimum pembelian RM150 (ajak pakat kawan2 saudara mara order skali harung!).

CARA TEMPAHAN
Emailkan tempahan anda ke tomeybakes@gmail.com dengan info berikut
Nama:
Contact No:
Pickup Date:
Delivery Address: (pembelian melebihi rm150)
Jenis & Kuantiti:

Saturday, August 6, 2011

Perbandingan....

Assalamualaikum....

Just untuk perbandingan

Ini adalah harga untuk bulan Ogos 2010


Cuba lihat harga pada hari ini....





Thursday, August 4, 2011

Pandangan Dr. M berkaitan Dinar Emas

Assalamualaikum....

Artikel ni maybe dah basi kot. Saya ambil dari blog Dr.M berkaitan pandangan beliau tentang Dinar Emas.


1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...