Thursday, May 3, 2012

Memilih syarikat emas & perak

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menulis since last entry pada Februari lepas. Untuk pengetahuan semua, harga semasa emas sedang mengalami penurunan  dalam masa sebulan dua ini. Pada pendapat saya yang boleh dikatakan baru dalam bidang ini, inilah masanya untuk kita menambah simpanan emas & perak (fizikal) kita.

Tuan puan, saya banyak menerima panggilan dari pelabur baru yang was-was untuk melabur dalam emas (& perak). Kerisauan terbesar mereka ialah takut di tipu & hilang semua wang pelaburan.

keratan akhbar 1

keratan akhbar 2

Nasihat yang selalu saya berikan kepada mereka, apabila anda melabur @ membeli emas (& perak), pastikan anda mendapat fizikal bukannya sijil, buku akaun mahupun pulangan dividen setiap bulan. Kenapa saya kata begitu? Bayangkan jika anda membeli emas dalam bentuk buku akaun atau sijil.  Tiba2 esoknya anda dapat berita bahawa bank atau syarikat tempat anda membeli emas dalam bentuk buku akaun/ sijil itu bangkrap. (jangan lupa banyak syarikat besar & institusi perbankan dunia pernah bangkrap & gulung tikar). Rasa2 nya apa akan terjadi dengan pelaburan anda?

So, apa pilihan yang ada wahai encik helmi? Sabar tuan puan. Saya akan terangkan. Sekarang ini banyak syarikat yang menawarkan pembelian emas (&perak) secara fizikal. Taip saja di internet, anda akan dapat puluhan malah ratusan syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Malah saya pernah membeli syiling perak dari http://www.perthmint.com/ iaitu syarikat yang berpengkalan di Australia dan mendapat layanan yang sungguh memuaskan. Tapi harus diingat, jika kita membeli dari luar negara kita mungkin akan dikenakan cukai eksais oleh kastam (seperti yang saya kena. huhuhuhuhuhuhuhu......) Tapi bila di kira-kira balik masih lagi untung jika dibandingkan saya beli dari pengimport yang ada di sini.

"Tapi saya orang Malaysia, saya nak beli dari syarikat Malaysia"

Tuan puan jangan risau, di Malaysia pun ada lebih kurang 5 syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini (tidak termasuk kedai emas & bank). Tuan puan boleh 'search' sendiri syarikat tersebut, tetapi saya mengesyorkan tuan puan membeli emas & perak dari syarikat PUBLIC GOLD. Kenapa PUBLIC GOLD?

Ok, sekarang saya akan menerangkan kenapa PUBLIC GOLD


1. PUBLIC GOLD adalah syarikat yang pertama mengeluarkan jongkong emas & peraknya sendiri. (diiktiraf Malaysia Book of Records)
2. Spread margin yang rendah antara harga jual & harga beli (cepat dapat untung)
3. Sistem booking secara online 24 jam sehari (pertama di Malaysia).- boleh ambil kesempatan waktu harga rendah terutamanya tengah malam
4. Sistem harga 'live' 24 jam sehari. (harga berubah setiap 20 minit) - boleh order time harga rendah
5. Mempunyai 17 buah cawangan setakat ini diseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
6. Semua produk diiktiraf oleh Assayer berpengalaman.
7. Mempunya pelbagai pilihan produk. Untuk pilihan produk, sila klik disini.
8. Akhir sekali PUBLIC GOLD menerima kembali produk mereka walaupun terpatah, tercalar, kemik dsbnya asalkan beratnya tidak berkurangan.

Okla, tuan puan. Jika anda mempunyai apa2 kemusykilan @ ingin membeli emas & perak sila telefon saya di 012-3206073 (helmi)

assalamualaikum...

ps: Agak-agak kalau kita beli emas & dapat emas fizikal tu, esoknya syarikat yang jual emas tu bangkrap, emas yang kita pegang tu laku lagi atau tidak?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...