Tuesday, February 19, 2013

Di Mana Tempat Memajak Emas Public Gold?

Artikel ini disalin dengan izin dari pemilik blog www.mohdzulkifli.com




Antara isu yang selalu dibangkitkan oleh pembeli emas pelaburan (berbentuk dinar, syiling emas dan jongkong emas) ialah ar-rahnu di bawah pengurusan bank macam Agrobank dan Bank Rakyat tak terima pajakan gold bar dan dinar Public Gold. Adakah sebab Public Gold ada masalah dari sudut ketulenan?

Untuk makluman sahabat pembaca, bukan sahaja emas Public Gold, bahkan semua jenis jongkong dan syiling emas tak lagi diterima untuk pajakan oleh ar-rahnu Agrobank dan Bank Rakyat sejak pertengahan tahun 2011. Mereka hanya terima barang kemas sahaja. Tapi Bank Rakyat masih terima beberapa jenis emas yang keluarannya limited macam Dinar Kelantan, Kijang Emas dsb. Yang lain, semua tak diterima untuk pajakan.


Walaupun pihak bank tak pernah bagi penjelasan alasan penolakannya, tapi daripada pemerhatian ramai otai-otai industri emas, faktornya ialah cash flow bank akan terjejas kalau dia terima pajakan jongkong dan syiling emas. Isu ketulenan tak ada kena mengena langsung dalam soal ni. Bayangkan kalau seorang pemajak tegar boleh dapatkan pinjaman RM100,000, kalau 100 orang nilainya RM10 juta! Dan perangai pemajar tegar ni mereka hanya bayar upah & buat overlaps tanpa tebus emas tu! Pastinya cashflow bank akan terjejas...


Ar-Rahnu Koperasi Masih Terima Gold Bar & Dinar

Sekarang ni zaman orang gilakan emas dan pemain emas memanipulasi ar-rahnu untuk gandakan pemilikan emas. Tanpa ar-rahnu, dia mungkin boleh beli cuma 100 gram emas, tapi dengan teknik beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi, dia boleh tingkatkan pemilikan emas hingga 300 gram! Dan berita buruknya, ramai yang menggunakan teknik ni terjerat pada tahun 2011 - 2012 sebab harga emas bergerak mendatar (sideway)! Nanti saya akan tulis artikel lain pasal perangkap teknik ar-rahnu ni, insyaAllah...

Gold bar 20g bersama sijil ketulenan.

Dan berita baiknya, sebenarnya sekarang ni dah banyak koperasi dan syarikat swasta membuka ar-rahnu sendiri dan terima gold bar dan dinar untuk pajakan. Pendek kata, asalkan ianya emas, dan asalkan emas tu tulen, insyaAllah mereka terima. Bagi pembeli emas Public Gold yang perlukan "pinjaman bercagarkan emas", anda boleh pajak di:
Dan saya menjangkakan, lepas ni akan ada banyak lagi ar-rahnu baru akan ditubuhkan, insyaAllah.
Wallahu a'lam.

Emas Public Gold diterima semula untuk pajakan di Ar-Rahn PKB mulai 15 Januari 2013

Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com
012-320 6073


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...