Wednesday, April 24, 2013

Kenapa Harga Emas Jatuh Bulan April 2013?

Assalamualaikum...


 
 
 
Ramai pelabur emas terutama pelabur kecil-kecilan panik bila harga emas tiba-tiba jatuh merudum bulan ni. Ramai yang tanya saya kenapa tiba-tiba harga emas jatuh & tak kurang juga yang mengambil keputusan untuk menjual semula emas mereka kerana takut harga akan terus jatuh.
 
Di bawah ini adalah harga yang sempat saya 'snap' pada 15/04/2013 & 16/04/2013 yang lepas. Perhatikan harga pada 15/04/2013 telah menjunam sehingga ke usd1358.00 per ounce (31.1gram)
 


Manakala harga terendah yang sempat saya 'snap' ialah sebanyak usd1352.60 per ounce (31.1 gram)


Punca harga emas jatuh

1. Tindakan cyprus menjual 400 juta euro nilai rizab  milik negara nya untuk pemulihan ekonomi.
(http://uk.reuters.com/article/2013/04/10/uk-cyprus-bailout-gold-idUKBRE9390NW20130410)
 
2. Tindakan para pelabur jangka pendek (trader) ekoran kebimbangan selepas menyaksikan tindakan Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013. (http://finance.yahoo.com/news/goldman-sachs-says-time-short-132705633.html)
 
 
3. Tindakan para pelabur yang menjualkan pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli Bond sebagai langkah menyelamatkan nilai Dollar dari terus merudum ekoran laporan mengenai sentimen pengguna yang buruk pada 12 April 2013 yang lalu.
 
Ada apa2 info lagi tentang kejatuhan harga emas? Sila tinggalkan komen anda...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...