Wednesday, February 27, 2013

Hukum Beli Emas Bayar Ansuran (EPP)


Salam,
Itu pendapat Ustaz Azhar Idrus berkenaan jualbeli emas secara ansuran.
Untuk makluman, syarikat Public Gold ada menawarkan kaedah pembelian emas secara ansuran yang lebih dikenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP). Caranya ialah :
1. Beritahu dealer ingin membeli emas secara EPP
2. Dealer akan order dengan Public Gold.
3. Buat bayaran pertama iaitu sebanyak 25% dari jumlah belian selepas mendapat Sales Order dari Public Gold (melalui e-mel) + 0.5% caj admin.
4. Bayar secara ansuran baki bulanan selama 4 bulan.
5. Di akhir bayaran terakhir, anda boleh collect emas di cawangan berhampiran.
Antara kelebihan sistem EPP Public Gold ialah :
1. Katakan anda dapat bonus dalam bulan kedua & ingin menyelesaikan EPP sekaligus. Anda boleh melakukan demikian & dapat emas awal dari sepatutnya.
2. Turun naik harga emas tidak mempengaruhi emas yang telah di lock.

Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com

012-320 6073

Sunday, February 24, 2013

Jual emas untuk teruskan hidup


sumber : www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1122&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm



SEORANG lelaki tempatan berjalan melewati sebuah kedai emas di Damsyik.



DI SEBUAH kedai barang kemas Damsyik, seorang pelanggan ternganga mulut apabila mendengar harga yang ditawar untuk sebentuk cincin emas miliknya hanya bernilai AS$100 (RM306).
"Tidak boleh dapatkan harga yang lebih baik?" dia bertanya dengan malu-malu sebelum menerima perjanjian itu.
Hampir 20 bulan konflik berterusan, ramai penduduk Syria kini terpaksa berhempas-pulas mencari sumber kewangan. Ramai yang terpaksa menjual barang-kemas yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Bagi mereka yang hilang mata pencarian akibat daripada penutupan atau pemusnahan tempat kerja, menjual emas ialah keputusan yang terpaksa dibuat dan satu-satunya pilihan yang ada demi mengisi perut ahli keluarga yang lain.
Bagi golongan kaya, logam berharga itu merupakan benteng pertahanan terhadap kejatuhan pound Syria.
Dibuang kerja
Menurut anggota Dewan Perdagangan Damsyik, Sonia Khanji, 30 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana di negara itu kini ditutup dan kira-kira satu perempat daripada tenaga kerja telah dibuang kerja.
Transaksi penjualan emas terus berlaku di Hariqa yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Seorang wanita muda sedang tawar menawar untuk harga sebentuk cincin besar yang diwarisi daripada neneknya.
"Saya akan beli cincin itu dengan harga 55,000 pound Syria (RM2,387) setelah anda membuat keputusan muktamad untuk menjualnya," kata seorang bakal pembeli.
Wanita itu terus berlalu pergi kerana yakin tawaran yang diberikan itu terlalu rendah.
"Dia akan kembali. Dia kelihatan seperti memerlukan wang tunai," kata lelaki itu yakin.
Masyarakat Syria mula sedar inflasi yang berlaku mengurangkan kuasa beli mereka sebanyak satu pertiga sejak pemberontakan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad tercetus pada Mac 2011.

GOLONGAN atasan dan pertengahan Syria yakin bahawa pelaburan emas menjamin masa depan mereka.



Masa yang diperlukan untuk menstabilkan mata wang dan harga barangan dalam negara itu terlalu lama.
Damsyik menyalahkan masalah ekonomi negara berlaku gara-gara sekatan yang dikenakan oleh Eropah dan Amerika Syarikat.
Menurut seorang tukang emas, Bassil Mdari, disebabkan peristiwa berdarah yang terjadi, mata wang Syria hilang separuh nilainya berbanding dolar Amerika.
"Permintaan untuk barang-kemas telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua tahun yang lalu sejak kenaikan harga emas di pasaran dunia sekali gus melemahkan pound Syria," katanya.
Hari ini, mereka yang masih mempunyai pendapatan tetap meletakkan kepercayaan dalam pelaburan emas.
Tambah Mdari, mereka hanya berdiam diri sepanjang tempoh pergolakan yang panjang.
"Mereka lebih suka membeli barang perhiasan emas sebagai suatu pelaburan dan bukannya perhiasan diri," katanya.
Seorang lagi tukang emas, Michel berkata, rakyat telah hilang kepercayaan dalam mata wang nasional.
"Apabila sekatan ekonomi baharu diumumkan, saya dapati ramai orang kaya membeli emas. Mereka percaya bahawa logam kuning ini menjamin keselamatan pada masa hadapan," katanya.
Jaminan masa depan
Ahli profesional industri Damsyik bersetuju bahawa emas menyediakan satu bentuk tabungan yang terjamin dalam tempoh ketidaktentuan politik dan ekonomi.
Seorang tukang emas di pusat bandar Damsyik, Hisham berkata, mereka akan menyimpan wang dalam bentuk emas yang dibeli.
"Mereka akan memilih untuk membeli emas sebagai kaedah menyimpan wang simpanan. Mereka takut akan nilai dolar Amerika yang semakin meningkat dan kejatuhan pound Syria.

PERNIAGAAN konvensional menggunakan pound Syria tetap diteruskan walau dalam situasi yang tidak menentu.



"Emas juga lebih mudah untuk dibawa jika kita perlu meninggalkan tempat itu dengan kadar segera," katanya.
Beliau mengakui bahawa kebanyakan pelabur emas terdiri daripada orang kelas atasan dan pertengahan, seperti di kebanyakan negara di dunia.
Kerajaan harian Al-Thawra memberitahu, kenaikan harga emas tidak menunjukkan tanda-tanda surut. Pada minggu lalu sahaja, nilai pasaran emas naik sebanyak 265 pound Syria (RM11.50).
Memetik kata, Persatuan Ketua Tempatan Barang Kemas, Georges Sarji berkata, emas berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap baharu.
Beliau menyalahkan kenaikan harga yang disebabkan oleh peningkatan pasaran antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap menegaskan bahawa pasaran jualan bertambah baik walaupun pada hakikatnya penduduk Syria masih lagi terpaksa menjual barangan emas mereka.
Menurut Sarji, lebih daripada 100 paun (lebih 45 kilogram) emas kini dijual setiap hari di Damsyik.
Harga satu aun emas pada penghujung minggu berada pada harga AS$1,739.04 (RM5,328) di pasaran antarabangsa.


Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com

012-320 6073
 

Tuesday, February 19, 2013

Di Mana Tempat Memajak Emas Public Gold?

Artikel ini disalin dengan izin dari pemilik blog www.mohdzulkifli.com




Antara isu yang selalu dibangkitkan oleh pembeli emas pelaburan (berbentuk dinar, syiling emas dan jongkong emas) ialah ar-rahnu di bawah pengurusan bank macam Agrobank dan Bank Rakyat tak terima pajakan gold bar dan dinar Public Gold. Adakah sebab Public Gold ada masalah dari sudut ketulenan?

Untuk makluman sahabat pembaca, bukan sahaja emas Public Gold, bahkan semua jenis jongkong dan syiling emas tak lagi diterima untuk pajakan oleh ar-rahnu Agrobank dan Bank Rakyat sejak pertengahan tahun 2011. Mereka hanya terima barang kemas sahaja. Tapi Bank Rakyat masih terima beberapa jenis emas yang keluarannya limited macam Dinar Kelantan, Kijang Emas dsb. Yang lain, semua tak diterima untuk pajakan.


Walaupun pihak bank tak pernah bagi penjelasan alasan penolakannya, tapi daripada pemerhatian ramai otai-otai industri emas, faktornya ialah cash flow bank akan terjejas kalau dia terima pajakan jongkong dan syiling emas. Isu ketulenan tak ada kena mengena langsung dalam soal ni. Bayangkan kalau seorang pemajak tegar boleh dapatkan pinjaman RM100,000, kalau 100 orang nilainya RM10 juta! Dan perangai pemajar tegar ni mereka hanya bayar upah & buat overlaps tanpa tebus emas tu! Pastinya cashflow bank akan terjejas...


Ar-Rahnu Koperasi Masih Terima Gold Bar & Dinar

Sekarang ni zaman orang gilakan emas dan pemain emas memanipulasi ar-rahnu untuk gandakan pemilikan emas. Tanpa ar-rahnu, dia mungkin boleh beli cuma 100 gram emas, tapi dengan teknik beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi, dia boleh tingkatkan pemilikan emas hingga 300 gram! Dan berita buruknya, ramai yang menggunakan teknik ni terjerat pada tahun 2011 - 2012 sebab harga emas bergerak mendatar (sideway)! Nanti saya akan tulis artikel lain pasal perangkap teknik ar-rahnu ni, insyaAllah...

Gold bar 20g bersama sijil ketulenan.

Dan berita baiknya, sebenarnya sekarang ni dah banyak koperasi dan syarikat swasta membuka ar-rahnu sendiri dan terima gold bar dan dinar untuk pajakan. Pendek kata, asalkan ianya emas, dan asalkan emas tu tulen, insyaAllah mereka terima. Bagi pembeli emas Public Gold yang perlukan "pinjaman bercagarkan emas", anda boleh pajak di:
Dan saya menjangkakan, lepas ni akan ada banyak lagi ar-rahnu baru akan ditubuhkan, insyaAllah.
Wallahu a'lam.

Emas Public Gold diterima semula untuk pajakan di Ar-Rahn PKB mulai 15 Januari 2013

Helmi b. Ismail
Priority Dealer (PG005383)
helmi_ismail@yahoo.com
012-320 6073


Saturday, February 9, 2013

1dinar kelantan untuk dijual

Salam,
saya ingin melepaskan 1 dinar kelantan (gambar)

harga boleh rujuk di http://www.islamicmint.com.my/worldislamicmint.my/

Untuk special price, boleh whatassap/call 0123206073

Sunday, February 3, 2013

Promosi Bulan Februari 2013

Dealer Recruitment Drive (DRD)
Promosi pada bulan Februari ini dari 1 Februari 2013 - 28 Februari 2013.
Description Promosi:
Dealer Recruitment Drive I & II:
Dengan setiap pembelian 1 unit 100gm/500gm jongkong emas Public Gold, anda berpeluang mendapat keistimewaan seperti di bawah:
1) menjadi Public Gold Authorized Dealer/Priority Dealer
2) Ang Pow bernilai RM100/RM500*
3) mendapat 1.0% /1.5% kosmisyen
4) percuma 1+1 Peti simpanan keselamatan Public Safe
*Cash voucher can only be used for subsequent purchase with ! a minimum purchase of RM5000 in a single receipt. Other T&Cs printed on the voucher

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...