Monday, April 7, 2014

Public Gold di Vietnam

 



Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) melebarkan sayap operasinya di rantau Asia apabila secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan VietinBank iaitu sebuah institusi perbankan terbesar di Vietnam.
 
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng berkata, pembukaan cawangan terbaru Public Gold di Vietnam dianggap sebagai satu kejayaan membanggakan dan meningkatkan rangkaian cawangan kepada 19 termasuk di Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, kejayaan dicapai adalah hasil usahasama antara Public Gold dan VientinBank sejak lebih setahun lalu sebelum kedua-dua belah pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dalam perniagaan emas dengan menyasarkan keuntungan mencecah RM200 juta dalam tempoh dua tahun.
“Lebih membanggakan Public Gold turut memperkenalkan produk keluaran khas terbaru bersempena Ulangtahun ke-25 VietinBank di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Phang Hung Avenue, Tu Liem, Hanoi, Vietnam 8 Julai tahun lalu.

“Penghargaan ini membuktikan kemampuan sebenar Public Gold dalam perniagaan emas dan jalinan kerjasama ini adalah satu peluang kami dalam mengembangkan lagi pasaran emas di rantau Asia untuk tempoh masa panjang,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Public Gold dan VeitinBank di Wisma Public Gold di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Emas dan Barang Kemas, VietinBank, Pham Thin Hong Phuong, Pengarah VietinBank di Hanoi, Vu Trung Thanh dan Pengurus Besar Public Gold, S S Eng.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23
 


Helmi b. Ismail

Priority Dealer (PG005383)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...