Tuesday, September 23, 2014

Daftar Haji Dengan Menggunakan Penyata KWSP



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, 18/09/2014 saya telah mengambil cuti untuk mendaftar haji di Tabung Haji Putrajaya. Bagi yang belum tahu, Tabung Haji Putrajaya terletak di Bangunan Anjung, Parcel E Putrajaya (satu kawasan dengan Kementerian Kesihatan & Kementerian Pelajaran)





Sungguh mudah rupanya mendaftar haji menggunakan penyata KWSP. Kita cuma perlu bawa penyata KWSP (samada di print dari internet atau dari mesin). Dalam kes saya, saya hanya membawa penyata yang di print melalui internet.




Saya mendapat giliran tahun 2075....



Syarat-syarat pendaftaran haji
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam.
  • Pendeposit Tabung Haji (TH)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 untuk membuat pendaftaran haji melalui akaunTH.

Syarat pendaftaran haji KWSP?

Jawapan:
Sama seperti syarat pendaftaran haji melalui akaun TH. Walau bagaimanapun, sekiranya memilih untuk mendaftar haji menggunakan akaun KWSP, pendeposit perlu memastikan caruman akaun satu KWSP melebihi RM1,300.

sumber :http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...