Saturday, January 1, 2011

Syer Bank Persatuan


Salam...

Selain dari Amanah Saham Bumiputera (ASB) & syer Bank Rakyat yang menawarkan pulangan yang kompetitif & menarik, Bank Persatuan juga mampu memberikan pulangan yang setanding malahan lebih lagi dari ASB.

Di bawah ini saya sertakan maklumat-maklumat berkenaan proses- proses untuk membeli syer Bank Persatuan.


FAKTA MUTAKHIR
KEANGGOTAAN
Baki Berakhir Pada 30 Jun 2010
BILANGAN
BAKI SYER (RM)
INDIVIDU
49,658 Orang
299,260,629
KOPERASI
319 Buah
26,312,440.30
JUMLAH

325,573,070.06



Syer Keanggotaan Bank Persatuan

Keanggotaan Individu

Keanggotaan individu ( perseorangan ) Bank Persatuan adalah terbuka kepada bumiputera melayu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum di lepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Bayaran minimum syer menjadi anggota individu ialah sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) atau 50 unit (RM 10.00 seunit)

Had maksimum pelaburan bagi anggota individu adalah sebanyak RM 2,000.00 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru' dengan sumbangan RM 25.00 setahun disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)


Had Maksimum Tambahan Pelaburan Syer Keanggotaan

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-

1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada

Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-
i.  Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00
Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.
2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 01/01/11 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-
i.  Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00
Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan
*untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Persatuan.

beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...