Friday, March 18, 2011

30 Fakta Menarik Tentang Emas




  1. Emas adalah salah 1 unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) yang bermaksud ‘shining dawn’ di dalam bahasa Latin.
  2. Nombor atom untuk emas adalah 79.
  3. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial.
  4. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
  5. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air.
  6. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161 juta kg) emas telah digali dari muka bumi.
  7. Didalam industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
  8. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
  9. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
  10. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
  11. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
  12. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
  13. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
  14. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
  15. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman, suhu lebur & perubahan warna sesuatu kualiti emas.
  16. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.
  17. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
  18. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-hasilnya adalah logam emas padu.
  19. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
  20. Emas sangat tumpat:-1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
  21. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
  22. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
  23. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
  24. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
  25. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
  26. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
  27. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (k).
  28. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).
  29. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
  30. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Kanada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
 File:Hand of faith1.JPG
"The Hand of Faith" dijumpai oleh Kevin Hillier menggunakan metal detector di Kingower, Victoria, Australia pada 26 September 1980 seberat 27.21 kg

Jongkong emas terbesar di dunia (250kg) di Muzium Toi, Jepun



Canadian Gold Maple Leaf
 
Gold Nugget Terbesar di jumpai di California (4.85kg)
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...