Wednesday, March 2, 2011

Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas

Assalamualaikum...

Ramai kawan saya bertanya;

"Mengapa kita perlu menyimpan emas?"

Jawapan saya ialah KEUNTUNGAN!

Jom saya terangkan apa maksud KEUNTUNGAN melabur dalam emas.

Lihat prestasi harga emas dibawah ini;


Januari 2000 – Januari 2011


Januari 2010 – Disember 2010

Ok, anda sudah tengok graf di atas kan? Graf ini saya ambil dari kitco.com. Oh ye helmi, sape kitco tu? Tengok kat sini le ye? Saya tak pandai nak translate. Hehehehe...

Kalau kita tengok dari graf, walaupun ada penurunan, tetapi dalam jangka panjang harga emas akan naik. (bukan ke tujuan kita melabur untuk jangka masa panjang?)

Ok, disini saya tampalkan 5 sebab kenapa kita perlu menyimpan emas yang saya dapat dari sifu-sifu emas;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Emas, sejak dulu lagi telah menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.


2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat.

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 11% setahun.

1 gram emas tahun 2000 = RM25.50
1 gram emas tahun 2011 = RM157.05 (22 Feb 2011)


3. Nilai wang sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 50 sen dan RM 1 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Wang Tanpa Sempadan

Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
.
.
.
. 
Yang peliknya, bila kita dah terangkan kelebihan2 melabur dalam emas, mereka masih mengambil sikap tunggu & lihat. Sampai ke sudahlah anda tertunggu-tunggu & terlihat-lihat. hehehehehehehe

rujukan : Pokli, Magnet Emas, Putremas, Pelabur Jutawan, Jutawan Emas
beli emas untuk pelaburan? call @ sms saya 012-320 6073 (helmi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...